Khamis, 29 September 2011

Mencari Salah

Mencari kesalahan manusia dimuka bumi

12. Wahai orang beriman! Jahuhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima Taubat, lagi Maha Penyayang. AL Hujurat

Isnin, 19 September 2011

UJIAN TAWARIKH


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah  2011  dah pun selesai.  Pelajar pun merasa lega, hurey sakan le mereka. Ibubapa pun ligatlah kepala otak berfikir nak cari sekolah mana seteruasnya.  Nak bagi anak jadi pandai dan berjaya. Tahun ni anak menakan yang ambil UPSR  2 orang aja. Kebiasaannya apabila keputusan keluar kena huloq le satu “A” RM10. Kalau 2 orang baru RM100.  Bukan ada apa, cuma nak bagi  tahu kejayaan mereka dihargai dan betapa berharganya kejayaan.  Didoakan semoga kedua duanya mendapat 5A.
 Cerita pasal  ujian ni, teringatlah bulan ramadhan yang lalu kita telah diuji dengan lapar dan dahaga. Masuk saja satu syawal, makan tak berhenti, rumah terbuka aja. Yang mana tak sambung dengan puasa enam dibulan syawal, sah tak lulus ujian.  Sebenarnya dalam hidup ini kita sentiasa diuji adakala lulus dan yang kerapnya gagal dan kecundang
Baru baru ni Abang Mat kita ada buat ujian sejarah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, ramai juga yang tak lulus. Ramai juga yang cuba nak jawab, tapi tak betul.  Setengah tu ada yang jawab sampai nak marah-marah. Yang lagi menghairankan profesor pun salah jawab. Susah juga soalan Abang Mat Sabu tu. Heboh serata pelosok, ceruk dan rantau pasal Mat Indera.  Itu le dok kejar sains dan matematik saja,
apa orang kampung kata?
tawarikh dilupakan. Rasanya tahun sudah menteri Pelajaran ada umumkan nak jadikan subjek  sejarah, wajib lulus dalam peperiksaan, eloklah tu dah ramai sangat yang buta sejarah. Jangan ambil guru sejarah dari luar pula. Negara ku ini suka sangat barang import.  Pekerja Impiort, barang makan import, daging import, beras import, kereta import yang terbaru dengar nak import guru bahasa inggeris dari AS. 
                                                                            
Orang kampong kata setakat bahasa Inggeris nak guna kat negara ku ini, bersepah orang kita yang boleh berbahsa orang putih.  Lagi satu sebelum berhenti. Oleh kerana ramai sangat yang tak lulus ujian,  minta minta menteri kaji balik le nak mansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR yang dicadangka. Bukan apa baru satu soalan abang mat sabu beri dah gelabah  Malaya.

Isnin, 12 September 2011

Ramadahn


Tanya hati, memang tak puas hati, tak puas hati dengan amalan ramadhan yang lalu, rasanya sekejap aja, sedikit  sungguh amalan yang dikerjakan. Harap-harap Allah menerima amalan yang sedikit itu dan mengangkat diri  sebagai orang yang bertaqwa. Sebagai mana firman Allah dalam  ayat 183 daripada surah al-Baqarah.“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertqakwa.
Seronoknya bila nak tiba ramadhan
Teringatlah kepada yang tidak berupaya
Sesiapa yang menjenguk orang sakit maka ia telah masuk campur dalam rahmat dan 
bila duduk di tempat orang sakit bererti telah menyelam didalam rahmat
Gotong royong membersihkan Masjid dan surau pun bermula.
Perancangan mengimarahkan surau pun dibincangkan
 
Ringan tulang
Kanak kanak juga tidak ketinggalan
                                              Semoga Allah sahaja yang menilainya
Seronoknya bila ramadhan dah tiba  1432 
siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala 
akan diampunkan dosa-dosa silamnya
    Tazkirah ramadhan pun berkumandang
 Siapa yang berjalan dijalan menuntut Ilmu, 
maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan jalan Syurga
 
dimulakan berbuka dengan kurma dan air zam zam
    Juadah pembuka selera pun dirancang
Sesiapa yang memberi makan buka puasa untuk orang yang berpuasa, 
baginya umpama ganjaran orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi pahalanya
  
Bubur lambuk diedarkan
 
Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah
    Al Quran dijadikan teman sepanjang Ramadhan
 Bacalah Al Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat nanti 
sebagai pemberi syafaat kepada pembaca-pembacanya
   Bertadarus menjadi amalan
                         Ceramah ramadhan dihadiri                                            
   Bacaan yang salah diperbetulkan
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari dan mengajar Al Quran
Terima kasih pada yang memberi
   Bantuan kepada si miskin dihulurkan
Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari Syurga, jauh dari pergaulan manusia,
dekat dengan neraka
YB dan Si kaya pun bermurah hati
     Guru guru Al Quran tidak dilupakan
   Fakir dan miskin menunjukkan simpati
Orang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada Syurga, dekat dari manusia 
jauh dari api neraka
 Terima kasih pada yang merancang dan yang mengushakan
 Sumbangan amat dihargai
Menjadi berkat dalam harta dan luas rezeki
Majlis Ilmu dihadiri
Solat jamaah lebih afdal dari solat sendirian sebanyak 27 darjat.
    Sembahyang berjamaah menjadi pilihan
Perumpamaan sembahyang lima waktu itu, bagikan sungai yang mengalir di muka pintu salah satu kamu, dan ia mandi di dalamnya tiap hari lima kali, adakah kiranya masih ada sisa kotoran padanya.