Tanya hati, memang tak puas hati, tak puas hati dengan amalan ramadhan yang lalu, rasanya sekejap aja, sedikit sungguh amalan yang dikerjakan. Harap-harap Allah menerima amalan yang sedikit itu dan mengangkat diri sebagai orang yang bertaqwa. Sebagai mana firman Allah dalam ayat 183 daripada surah al-Baqarah.“ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertqakwa ”.
Seronoknya bila nak tiba ramadhan
Teringatlah kepada yang tidak berupaya
Sesiapa yang menjenguk orang sakit maka ia telah masuk campur dalam rahmat dan
bila duduk di tempat orang sakit bererti telah menyelam didalam rahmat
Gotong royong membersihkan Masjid dan surau pun bermula.
Perancangan mengimarahkan surau pun dibincangkan
Ringan tulang
Kanak kanak juga tidak ketinggalan
Semoga Allah sahaja yang menilainya
Seronoknya bila ramadhan dah tiba 1432
siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala
akan diampunkan dosa-dosa silamnya
Tazkirah ramadhan pun berkumandang
Siapa yang berjalan dijalan menuntut Ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan jalan Syurga
Siapa yang berjalan dijalan menuntut Ilmu,
maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan jalan Syurga
dimulakan berbuka dengan kurma dan air zam zam
Juadah pembuka selera pun dirancang
Sesiapa yang memberi makan buka puasa untuk orang yang berpuasa,
baginya umpama ganjaran orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi pahalanya
Bubur lambuk diedarkan
Tidak akan berkurang harta kerana bersedekah
Al Quran dijadikan teman sepanjang Ramadhan
Bacalah Al Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat nanti
sebagai pemberi syafaat kepada pembaca-pembacanya
Bertadarus menjadi amalan
Bacaan yang salah diperbetulkan
Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang mempelajari dan mengajar Al Quran
Terima kasih pada yang memberi
Bantuan kepada si miskin dihulurkan
Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari Syurga, jauh dari pergaulan manusia,
dekat dengan neraka
YB dan Si kaya pun bermurah hati
Guru guru Al Quran tidak dilupakan
Fakir dan miskin menunjukkan simpati
Orang dermawan itu dekat kepada Allah, dekat kepada Syurga, dekat dari manusia
jauh dari api neraka
Terima kasih pada yang merancang dan yang mengushakan
Sumbangan amat dihargai
Menjadi berkat dalam harta dan luas rezeki
Majlis Ilmu dihadiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan