Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah 2011 dah pun selesai. Pelajar pun merasa lega, hurey sakan le mereka. Ibubapa pun ligatlah kepala otak
berfikir nak cari sekolah mana seteruasnya. Nak bagi anak jadi pandai dan berjaya. Tahun ni anak menakan yang ambil UPSR 2 orang aja. Kebiasaannya apabila keputusan keluar
kena huloq le satu “A” RM10. Kalau 2 orang baru RM100. Bukan ada apa, cuma nak bagi tahu kejayaan mereka dihargai dan betapa
berharganya kejayaan. Didoakan semoga kedua
duanya mendapat 5A.
Cerita pasal ujian ni, teringatlah bulan ramadhan yang lalu
kita telah diuji dengan lapar dan dahaga. Masuk saja satu syawal, makan tak berhenti,
rumah terbuka aja. Yang mana tak sambung dengan puasa enam dibulan syawal, sah
tak lulus ujian. Sebenarnya dalam hidup
ini kita sentiasa diuji adakala lulus dan yang kerapnya gagal dan kecundang
Baru baru ni Abang Mat kita ada buat ujian sejarah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, ramai
juga yang tak lulus. Ramai juga yang cuba nak jawab, tapi tak betul. Setengah tu ada yang jawab sampai nak
marah-marah. Yang lagi menghairankan profesor pun salah jawab. Susah juga
soalan Abang Mat Sabu tu. Heboh serata pelosok, ceruk dan rantau pasal Mat
Indera. Itu le dok kejar sains dan matematik saja,
apa orang kampung kata?
tawarikh dilupakan. Rasanya tahun sudah menteri Pelajaran ada umumkan
nak jadikan subjek sejarah, wajib lulus
dalam peperiksaan, eloklah tu dah ramai sangat yang buta sejarah. Jangan ambil
guru sejarah dari luar pula. Negara ku ini suka sangat barang import. Pekerja
Impiort, barang makan import, daging import, beras import, kereta import yang
terbaru dengar nak import guru bahasa inggeris dari AS.
Orang kampong kata
setakat bahasa Inggeris nak guna kat negara ku ini, bersepah orang kita yang
boleh berbahsa orang putih. Lagi satu
sebelum berhenti. Oleh kerana ramai sangat yang tak lulus ujian, minta minta menteri kaji balik le nak
mansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR yang dicadangka. Bukan apa baru satu soalan
abang mat sabu beri dah gelabah Malaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan