Isnin, 11 November 2013

Mohd. Amar


   Petang ni singgah sat melepaskan rasa isihati kepada kawan kawan lebih kurang 1300 orang yang akan menghadiri muktamar pada 22 - 24 november 2013 ini. Saya menyokong dan memilih YB Ustaz Dato' Haji Mohd. Amar Bin Abdullah (1959) sebagai Timbalan Presiden PAS. Kesilapan tahun 2011 perlu menjadi pengajaran dan diperbetulkan. Kita mahukan kepimpinan Ulama sebagai peneraju PAS.  Jika PAS diterajui bukan ulama samalah ia seperti parti UMNO, PKR, DAP. Ulama dan profesional  sama sama penting didalam perjuangan parti. Tetapi didalam PAS Ulama perlu diatas dan profesional dibawahnya. Tok Guru Nik Aziz telah memberi Isyarat jelas kedudukan ini. Kepimpinan PAS perlu dikalangan Ulama. Kemenangan  Dato' Mohd. Amar amat penting bagi muktamar ke 59 ini, bagi melangsungkan kepimpinan ulama untuk lima ke sepuluh tahun yang akan datang.
Kali ini saya meyokong kalangan ulama didalam PAS pada pemilihan 2013, kerana hanya seorang calon sahaja yang bertanding untuk timbala presiden parti. Tidak seperti pada tahun 2011 tiga penjuru, menyebabkan perwakilan tersalah pilih. kedua dua kalangan ulama melepas. 
Keduanya perwakilan perlulah bersuara berkenaan kerjasama politik dengan PKR dan DAP. Harap harap janganlah PAS mengikut telunjuk mereka. Biarlah PAS tidak memerentah tetapi berdiri teguh menegakkan dan mempertahankan Islam. Sedikit renungan menjelang Muktamar ke 59.
Semoga Nasaruddin bersama kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan