Isnin, 25 November 2013

KURSUS

Maka berucapalah Penghulu di penutup kursus
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbil a’lamin, wassalatu wassalamu’ala Saidina Muhammad, Wa’ala’alihi Wassahbihi Ajmain.
Terlibih dahulu, saya mewakili peserta kursus merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Komandan Pulapol Air Hitam kerana telah member ruang dan tempat kepada kami bagi mengikuti kursus penguatkuasaan (Face to Face) MPV NKRA (Stop and Talk siri 4 dan 8/2013 dalam mendalami ilmu kepolisan. Ilmu yang timba oleh kami itu amat berfaedah, dalam membina kerjaya kami bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang..
Tuan tuan dan puan puan, hadirin yang dimuliakan sekalian. Pembelajaran yang di terapkan kepada kami di sepanjang kursus ini akan membawa perubahan dan anjakan peradigma kepada kami agar terbina personality yang lebih berdisiplin, iklas, adil, amanah, bertanggungjawab, berintegriti, berkayakin serta bijaksana dalam setiap penugasan, bersikap professional dalam menjunjung peraturan dan pelaksanaan penguatkuasaan undang undang sepertmana yang telah termaktub dalam perlembagaan ngara. Kami juga akan mempraktikkan ilmu yang telah dpelajari dalam penugasan kelak dan seterusnya mempelajari ilmu kepolisian tanpa batasnya. Ilmu dan pembelajaran yang diperolehi ini akan membentuk seseorang itu lebih dedikasi, komited serta mempunyai jati diri yang tinggi dan seterusnya membina kejayaan yang lebih cemerlang, baik dalam aspek kerjaya mahupun kehidupan.
Dikesempatan ini, kami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pensyarah dan jurulatih yang telah membimbing kami agar kami menjadi seorang anggota polis yang berwibawa, berdisiplin, berketampilan dan berkeperibadian tinggi serta memahami fungsi dan peranan kami sebagai anggota polis diraja Malaysia seperti mana yang digariskan dalam Visi dan Misi Polis DiRaja Malaysia. Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada urusetia dan staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menentukan perjalanan kursus ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kami semua amat perpuashati dengan perjalanan dan kelancaran disepanjang kursus ini. Budi baik tuan tuan dan puan puan curahkan, hanya Yang Maha Kuasa dapat membalasnya.
Akhir kata saya mewakili peserta kursus menyusun sepuluh jari pohon kemaafan kepada barisan pensyarah, jurulatih, urus setia serta staf sta, jika kami terkasar bahasa, baik secara sedar atau pun sebaliknya disepanjang tempoh kami menjalini kursus di Pusat Latihan ini.
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelaran ada yang  tersalah ucap,                                  
 Kalau duduk ada yang tersalah tempat
Haraf dimaafkan. Sekian terima kasih 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan