Khamis, 8 Januari 2015

FAMILY DAY 2014

Alhamdulillah, pada hari khamis  hingga sabtu 25 – 27 december 2014 perancangan seluruh ahli keluarga Hj. Jamaluddin untuk mengadakan Family Daya di A Famosa Melaka telah terlaksana dengan jaya dan baiknya. Perancangan yang diusulkan Pn. Intan Mazlia Alhamdulillah mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi oleh keluarga. Pelantikan AJK terdiri dari anak anak buah telah mendapat hasil yang membanggakan. Bersyukur dan seronok sekali bila semua keluarga dapat sama-sama menyertainya. Kali ini Keluara kak ngah Amin, adik Noor, Zulfadli dan Zafirah Mazlan tidak dapat serta kerana tugas yang tidak dapat dielakakan. Hubungan kekeluargaan yang sememangnya erat terasa lebih erat lagi bila sesekali dapat berkumpul  beramai-ramai. Sebelum dari ini hari keluarga juga telah diadakan beberapa kali dan beberapa tempat seperti di Langkawi, Bukit Tinggi Pahang, Bukit Merah Perak dan di Johor. Bila dah ramai, banyak aktiviti yang dapat dijalankan. Paling best, bila  dapat bersama-sama bersolat jemaah pada waktu maghrib dan subuh. Pada malam pertama dibanglo A Famosa diadakan bacaan yaasin, tahalil dan doa selamat. Juga tazkirah ringkas disampaikan abang Dato’ Mazlan. Semoga perhimpunan keluarga Hj. Jamaluddin mendapat keberkatan dan rahmat Allah hendaknya. Jumlah keluarga yang ramai dan anak-anak yang sudah dewasa dua buah banglo diperlukan untuk memuatkan lebih kurang 50 orang ahli keluarga. Seperti biasa sebuah banglo untuk lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Sungguh pun banglo serba kekurangan persiapan dan perancangan awal AJK membuatkan Family Day berjalan dengan lancar sekali.

                Pada malam pertama solat  berjemaah membaca yassin, tahalil dan doa selamat.

 Anak muda mula dikumpulkan majlis bacaan Yassin
Makan malam yang disediakan kaum ibu amat meyelerakan. Masak lemak pucuk ubi n tulang-tulang kambing. Ini sebahagian lagi tengah dok menghidang
Sarapan pagi roti canai kuah sadin
Pada subohnya sembahyang berjemaah dapat disempurnakan diimamkan 
Ust. Zahid dan tazkirah disampaikan Abang Mazlan.

Apa apa pun sambut ulang tahun ke 84 tahun ibu diadakan dulu, potonganlah kekitu ibukami kek disediakan Hjh. Ainon
Taklimat permainan dari kumpulan yang bertanding
 sabo yob ada hadiah punya
 Permainan sepit running man
 salah satu permainan belon beracun, boh pi nama apa pun
 taklimat permainan  disampaikan En Amirul
 permainan belon kasih sayang dimenangi Zahid Love Aisyah
 do I know you. ini pasti dari kumpulan motan
 pertandingan bolasepak diketuai  Zahid dan Fahami berkesudahan tendangan penalti  team zahid memenangi  1 - 0 
Pada paginya hujan turun mencurah curah menyebabkan acara permainan sukaneka agak terganggu. Alhamdulillah atas kesepakatan keluarga permainan dapat dijalankan dibawah posh banglo.Kecekapan Amirul mengedalikan acara sukanika membuatkan semua keluarga merasa kegimbiraannya. Tahniah buat anak-anak buahku yang sangat berbakat dalam menyediakan permainan yang menyeronokan ini. Ianya menjadi motivasi yang cukup bernilai buat kami semua. Kali ini AJK telah memilih warna oren sebagai warna tema baju family day. Disebelah petang hujan mula reda, selesai solat jumaat, game keluarga di teruskan dengan pertandingan bola sepak 6 sebelah
Disebelah malamnya, malam kedua selesai sembahyang jamak Magrib dan Isyak berjemaah, dijemput saya memberi tazkirah, apakandaya tak pandai digagahlah juga.Dimulakan Ust. Ariff Husaini membacakan ayat surah An Nisa ayat 1. "Wahai sekalian manusia! bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta denganNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesunggunhya Allah sentiqasa memerhati (mengawasi) kamu.
Disamping itu ditambah dengan membaca beberapa hadis berkenaan kelebihan Silaturahim.
Anas r.a. berkata 3 orang dibawah naungan Allah pada hari kiamat; orang yang menghubungkan kekeluargaan diberkati umurnya, dilapangkan rezekinya; Wanita yang kematian suaminya dan menjaga anak-anaknya menjadi senang; orang yang membuat makanan lalu menjemput orang miskin dan anak anak yatim.
 Al Hasan berkata. Rasulullah bersabda dua langkah manusia yang disukai oleh Allah; Langkah menuju sembahyang fardhu dan langkah menuju silaturahim. Rasanya semua yang hadir suka dan setuju dengan tazkirah yang disampaikan. Selesai tazkirah pendek upacara penyampaian hadiah dan bertukar tukar cendarahati dimulakan dengan menikmati BBQ kambing dan Ayam panggang berempah. Pakaian pada malam ni thema malam ini Arabic nights. Atikah Hani pasti pemenangannya.


pasti menyelerakan
Apakah ini geng mukor atau pun rebek
Tengok gambar ini terasa keseronokannya pada hari tersebut
 Hadiah untuk keluarga baru Hj. Jamaluddin Fahami
 Zahid keluarga baru cenderamata dari Maklong
 Dijemput semua Ibubapa menyampaikan ucapan, Ustazah Ainon dipilih menyampaikan ucapan yang paling panjang. Ucapan dari kakak yang Sulong Haiton
 Haiah menang apa ni?
 Terima aja lah.
Cenderamata AJK
Walau pun acara mencari harta tersembunyi dilautan telah tamat rendaman dikolam perlu diteruskan 

Pagi hari sabtu kami telah dikunjungi keluarga Hj.Abd. Aziz Abu Bakar, Abang Hamzah sekeluarga, Abang Norzed, Kak Nazairah, Ipah kebetual mempunyai impian dan cita rasa yang sama. InsyAllah satu masa nanti kita adakan Family Day Abu Bakar. Semoga hubungan kekeluargaan yang sangat rapat ini akan berterusan hendaknya. Amin, amin amin.

Tak sabar nak tunggu hari keluarga yang seterusnya pada tahun depan Semoga segala perancangan untuk tahun depan dan tahun-tahun berikutnya akan berjalan dengan lancar hendaknya, insyaALLAH. Selepas sarapan semuanya bersiap mengemas barang untuk check out. Selamat berpisah jauh dimata dihati jangan. Tidak ada perbuatan hasanat yang lebih cepat pahalanya dair silaturahim. 

Semuanya selamat sampai ke rumah dengan selamat. Syukur. Terima kasih ALLAH untuk segala kesempatan, kebahagiaan, keselamatan, kesejahteraan dan setiap perkara terbaik dariMU yang dapat kami sekeluarga NIKMATI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan