Kita selaku umat Islam tidak perlu mencari cari peribadi atau tokoh tokoh lain untuk di contohi dan diikuti selain dari Rasulullah. Ini kerana uamat Islam telah dibekalkan satu contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi Muhammad SAW.
Kelahiran Rasulululah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam. Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin umat manusia kejalan yang lurus. Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasululullah yang sentias mendapat jagaan Allah.
Sahabat pernah bertanya kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasululullah. Dia menjawab "Akhlak Rasululullah adalah Al. Quran"
Sabda Rasulullah SAW bermaksud " Sesiapa yang berselawat kepada ku sekali maka Allah akan berselawat kepadnya sepuluh kali (Riwayat Muslim)
orang yang bakhil ialah mereka yang di sebut nama ku akan tetapi tidak berselawat kepada ku.
Sebagai umat Islam yang sayangkan baginda SAW hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah SAW .
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan