Ahad, 27 September 2015

AIDULADHA

Rentetan kisah Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya Ismail a.s, saban tahun menjadi bualan di hari raya aidiladha, maka umat Islam melaksanakan penyembelihan Korban dan menagih agihkan dagingnya kepada golongan miskin, jiran tetangga dan keluarga. Sepatutnya ibadah korban ini merupakan gambaran dan praktikal keiklasan kita kepada perintan Allah, sebagaimana keyakinan dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya akan perintah Allah swt. 

Surah As Saffat -102 Maka ketika anaknya itu sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim bakata: Wahai anak kesayangan ku! sesungguhnya aku melihat didalam mimpi ku bahawa aku akan menyebelihmu, Apakah pendapat mu?, Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang di perintahkan kepada mu, insyAllah, ayah akan mendapati aku termasuk orang orang yang sabar.


103- setelah kedua duanya berserah bulat bulat (menjunjung perintah Allah itu) Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). 104-Lantas Kami menyerunya: Wahai Ibrahim 105-Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu, demikianlah sebenarnya Kami membalas orang orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 106-Sesungguhnya perintah ini adalah ujian yang nyata. 107-Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.



108-Serta kami kekalkan baginya (nama yang harum) dikalangan orang orang yang datang kemudian. 109-Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim.
110-Demikian kami membalas orang orang yang berusha mengerjakan kebaikan. 111-sungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba hamba Kami yang beriman.


Apakah mampu keyakinan kita kepada perintah Allah sebagaimana yakinnya Nabi Ibrahim dengan perintah Allah. Walau pun terpaksa menyembelih anaknya kerana perintah datangnya dari arahan Allah.

Tahun ini 1436 bersama Qurban Mission for Ummah di Masjid Matang Gedong Sg. Petani di Sponsor By Turki Diyanet Vakfi sebanyak 30 ekor dan 5 ekor dari anak kariah Masjid.

Rabu, 16 September 2015

EMAK 2015

 Emak bukan aku tidak mampu untuk member emak makan dan minum, aku yakin lebih dari itu aku mampu mengadakan untuk emak. InsyaAllah akan ku berikan layanan yang baik sebagai mana emak perlukan. Aku pasti akan menyahut setiapkali panggilan dan permintaan emak. Akan ku turuti segala perintah dan suruhan eamak. Akan ku cuba berbicara dengan emak dengan sopan dan lembah lembut. Jika emak memerlukan pakaian dan keperluan harian cakap sahaja akan ku cari dengan segera. Pasti sekarang aku sentiasa berjalan di belakang emak menolak kerusi roda emak. Redhokanlah apa yang ku lakukan dan jauhkanlah aku dari kemarahan emak. Doakanlah aku kebahagian dunia akhirat. Sudah tentu aku akan mendoakan emak. Bukan aku tidak mahu bersama dengan emak. Tapi itu pilihan emak untuk tidak tinggal bersama Ku. Ku harap emak dapat tinggal bersama selagi ada nyawa di kandong badan. Untuk membalaj jasa yang tidak akan terbalas. Aku tahu sejak di dalam kandongan hingga dewasa aku menjadi beban orang emak. Emak menanggong penderitaan selama 9 bulan didalam kandongan. Pening pening kepala, muntah muntah, tidak lalu makan. Perut memberat dan sebagainya. Setelah aku di lahairkan beban bartambah berat, di tengah malam disaat orang sedang tidor dengan lenanya, emak terpaksa bangun mendengar tangisan ku. Pendek kata beban Emak didalam memilihara ku tidak terhingga beratnya dan tidak dapat diukur dengan harta dan wang ringgit. Teringatlah aku hadis yang diriwayatkan Bukhari dan muslim Ibnu Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah saw Amalan apakah yang paling di cintai Allah?. Jawab Baginda “Ya itu mengerjakan solat pada waktunya”. Kemudian apa lagi Tanya Ibnu mas’ud, Baginda menjawab “berbakti terhadap kedua orang tua”. Kemudian apa lagi tanya Ibnu Mas’ud “Baginda menjawab Ya itu berperang pada jalan Allah”. Inilah yang ku cari sebelum kita di pisahkan dunia dan alam kubur. Berbakti kepada emak menjadi kewajiban bagi ku, tidak boleh aku abaikan walau dengan apa apa alasan sekali pun.
 Sepatutnya cerita Al Qamah menjadi contoh dan tauladan.
Pada satu hari isteri Al Qamah datang tergopoh gapah menghadap Rasulullah saw, mengabarkan perihal suaminya yang sakit tenat. Mendengar laporan itu baginda lalu bertanya “Bagaimanakah keadaannya ? Sungguh membimbangkan Ya Rasulullah, jawabnya. Maka seketika itu juga baginda mengutus Ammar. Bilal dan Shuhaib melihat Al Qamah yang baru sakit. Bila Bilal mendekati Al Qamah dan mengajarnya membaca kalimat tauhid, lisan Al Qamah seakan akan terkunci, tiada sepatah kata pun terlontar dari mulutnya. Berulang kali Bilal mengajarnya lidah Al Qamah masih kelu. Inilah yang ku takuti emak. Al Qamah di ampunkan kesalahannya oleh emaknya kerana perentah dan nasihat Rasulullah. Bagai mana aku nanti? Siapakah yang akan dapat meyelesaikan masaalah ku di hujung hayat nanti. Ampunilah aku emak. Nabi Muhammad saw pernah bersabda “Redho Tuhan ada didalam redho kedua orang tua, dan kemurkaanNya ada didalam kemurkaan kedua duanya” (HR Thabarani dari Ibnu Amar) Didalam hadis lain Rasulullah bersabda: Mahukah aku kabarkan kepada kalian dosa yang paling besar? “Para sahabat berkata baiklah Ya Rasulullah” Baginda bersabda “Menyekutukan Allah dan mendurhakai kedua orang tua” (HR Bukhari dan Muslim).


Semoga Allah mengasihi emak dan diri ku.