Emak bukan aku tidak
mampu untuk member emak makan dan minum, aku yakin lebih dari itu aku mampu mengadakan untuk emak.
InsyaAllah akan ku berikan layanan yang baik sebagai mana emak perlukan. Aku
pasti akan menyahut setiapkali panggilan
dan permintaan emak. Akan ku turuti segala perintah dan suruhan eamak. Akan ku cuba berbicara dengan emak dengan sopan dan lembah lembut. Jika emak memerlukan pakaian dan keperluan
harian cakap sahaja akan ku cari dengan segera. Pasti sekarang aku sentiasa berjalan di belakang emak menolak kerusi roda emak. Redhokanlah apa yang ku
lakukan dan jauhkanlah aku dari kemarahan emak. Doakanlah aku kebahagian dunia akhirat. Sudah tentu aku akan mendoakan emak. Bukan aku tidak mahu bersama dengan emak. Tapi
itu pilihan emak untuk tidak tinggal bersama Ku. Ku harap emak dapat tinggal
bersama selagi ada nyawa di kandong
badan. Untuk membalaj jasa yang tidak akan terbalas. Aku tahu sejak di dalam kandongan
hingga dewasa aku menjadi beban orang emak. Emak menanggong penderitaan selama 9 bulan
didalam kandongan. Pening pening kepala, muntah muntah, tidak lalu makan. Perut
memberat dan sebagainya. Setelah aku di lahairkan beban bartambah berat, di tengah malam disaat
orang sedang tidor dengan lenanya, emak terpaksa bangun mendengar tangisan ku.
Pendek kata beban Emak didalam memilihara ku tidak terhingga beratnya dan tidak
dapat diukur dengan harta dan wang ringgit. Teringatlah aku
hadis yang diriwayatkan Bukhari dan muslim Ibnu Mas’ud pernah bertanya kepada Rasulullah saw Amalan apakah yang paling di cintai Allah?.
Jawab Baginda “Ya itu mengerjakan solat
pada waktunya”. Kemudian apa lagi Tanya Ibnu mas’ud, Baginda menjawab “berbakti terhadap kedua
orang tua”. Kemudian apa lagi tanya Ibnu Mas’ud “Baginda menjawab Ya itu berperang pada jalan
Allah”. Inilah yang ku cari sebelum kita
di pisahkan dunia dan alam kubur. Berbakti kepada emak menjadi kewajiban bagi ku, tidak boleh aku
abaikan walau dengan apa apa alasan sekali pun.
Sepatutnya cerita Al Qamah menjadi contoh dan tauladan.
Pada satu hari
isteri Al Qamah datang tergopoh gapah menghadap Rasulullah saw, mengabarkan
perihal suaminya yang sakit tenat. Mendengar laporan itu baginda lalu bertanya “Bagaimanakah
keadaannya ? Sungguh membimbangkan Ya
Rasulullah, jawabnya. Maka seketika itu
juga baginda mengutus Ammar. Bilal dan Shuhaib melihat Al Qamah yang baru
sakit. Bila Bilal mendekati Al Qamah dan
mengajarnya membaca kalimat tauhid, lisan
Al Qamah seakan akan terkunci, tiada sepatah kata pun terlontar dari mulutnya.
Berulang kali Bilal mengajarnya lidah Al
Qamah masih kelu. Inilah yang ku takuti emak. Al Qamah di ampunkan kesalahannya oleh emaknya kerana perentah dan
nasihat Rasulullah. Bagai mana aku
nanti? Siapakah yang akan dapat meyelesaikan
masaalah ku di hujung hayat nanti. Ampunilah aku emak. Nabi Muhammad saw pernah
bersabda “Redho Tuhan ada didalam redho
kedua orang tua, dan kemurkaanNya ada didalam kemurkaan kedua duanya” (HR
Thabarani dari Ibnu Amar) Didalam hadis lain
Rasulullah bersabda: Mahukah aku kabarkan kepada kalian dosa yang paling
besar? “Para sahabat berkata baiklah Ya Rasulullah” Baginda bersabda “Menyekutukan
Allah dan mendurhakai kedua orang tua” (HR Bukhari dan Muslim).
Semoga Allah
mengasihi emak dan diri ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan