Khamis, 17 Disember 2015
Semoga berbahgia
Dengan Berkat dan 'InayahNya kedua dua mempelai Shahirah dengan pasangannya Zulkifli telah selamat diijab qabulkan pada petang 4/12/2015 di Masjid Pokok Asam Tikam Batu Kedah. Berwalikan ayahnya Hj.Sholehuddin, disaksikan kaum kerabat dan sahabat handai.
Dipoho kepada Mu Ya Allah berkatilah pasangan ini, suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereeka berdua. Sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W maka tunjukkanlah kepada meeka jalan kebenaran dan ketaqwaan. Panjangkanlah umur kedua dua mereka dalam kesenangan dan kebahagian, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.
Jadikanlah mereka Qana'ah yakni merasa cukup dengan apa yang Allah rezekikan dan sentiasalah memelihara rumahtangga. Kurniakanlah kepada mereka kesabaran dan ketenangan didalam menghadapi segala cobaanhidup berumahtangga. Rezekikanlah kepada mereka keturunan yang soleh dan soleha serta taat kepada kedua ibubapa.
Ya Allah kami juga memohon di saat ini agar dikurniakan kami sekalian kesihatan dan keselamatan anak anak yang taat sejuk mata memandang, keluarga yang rapat, rakan taulan yang dapat membantu ke arah kebajikan dan masyarakat yang bersatu padu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan