Dulu kecik kecik kau cakaplah apa apa pun aku diam saja.
Dah dewasa kau cakap hati hati sikit, silap silap kena penyepak kalau tidak pun kena penampar. Bila dah tua kau cakaplah apa apa pun aku pekakkan telinga. Tapi hati cukup terasa..................dah tua rupanya.
Jumaat, 2 Disember 2016
Sabtu, 4 Jun 2016
Selasa, 17 Mei 2016
Ingin ku tinggal disana
Entah mengapa pada hari ini aku teringat pada bumi ini, bumi yang pernah aku membawa dua orang anak ku mengunjunginya. Melihat gambar gambar yang di rakam ketika itu terasa tenang di jiwa, seolah olah jiwa ini mronta ronta hendak kesana. Ku mohon kepada Mu Ya Ilahai sampaikanlah lagi aku kebumi pilihan tempat semadinya manusia pilihan. amiin.
Jumaat, 15 April 2016
Zakir Abdul Karim 1965
Assalamualaikum. Alhamdulillahirabbli'alamin. Salam hari jumaat 7 rejab 1437. Ketika ini di Malaysia sebok dengan Zakir Naik. Seorang penceramah yang bijak dengan hujah hujah ilmiah berdasarkan Al Quran, sunnah, sains, rasional, lojik dan merangkumi aspek semasa. Malangnya Dr. Zakir Naik cuba dihalang dari meluahkan fikirannya di bumi Malaysia Islam agama rasmi. Dimulakan Hindraf diikuti Timbalam Ketua Menteri Pulau Pinang (ll) Prof. Dr Ramasamy. Sehingga Prof Dr Ramasamy seorang ahli akademik mengelar Dr. Zakir Naik sebagai "Setan" mungkin setan dalam fahaman ugama yang dianutinya. Apalagi PDRM pun memutuskan untuk tidak membenarkan foram similarities netween Hindus & Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Katanya demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama. Apa lagi bijak pandai dalam facebook dan media bun melenting, salah satu ayat mereka Artis jangal, artis luar bebas membuat konsat, penceramah di halang. Ialahlah juga ini komen lembut yang di terima ada keras lagi. Akhirnya dengan campur tangan Tim. Perdana Menteri Dr Zakir Naik berasal dari Mumbai India dibenarkan meneruskan program ceramahnya dengan perlu mengubah tajuk syarahan. Agak agak tajuk apa yang sesuai?
Disini barulah kita faham mengapa Tim. Ketua Menteri Pulau Pinang menghalang dan mengatakan setan. Rupanya beliau hendak menumpang populariti orang yang sudah terkenal. Sekarang Ramasamy mencabar untuk berdebat apa tujuannya bukankah untuk mencari populariti. Bayangkanlah orang yang bertanya solan kepada Dr Zakir Naik pun popular. Seorang pelajar perempuan dibidang perubatan bertanya solaan dan menyendir kerajaannya sudah populer di Terangganu. Rupanya itu tujuan Ramasamy dan Hindraf. Apamacam di jemputlah Hindraf, Prof. Dr. Ramasamy, DAP dan mana mana yang menghalang ceramah Dr. Zakir Naik untuk hadir mendengar Ceramah yang akan di sampaikan nanti.
Gambar minggi ini
Teringat Ibu
Ahad, 3 April 2016
5 April Masih tetap berdiri
5 april berulang buat kali ke 36 kalinya. 5 april 80 mendaftar sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia sehingga kini dikekalkan sebagai Polis. Teringat Abah Al Fatihah buat abah yang sungguh sungguh berminat aku memasuki bidang ini, Al Fatihah Wak Md. Dom dan Tok Uban yang menyokong bila mengatahui aku akan masuk polis. Semua watak watak ini memainkan peranan supaya aku pergi mengikuti kurus polis di PULAPOL. 4april berlepas ke Kuala Lumpur dengan teksi yang telah ditempah awal, abah mengiringi pemergian ku. Sampai di Keramat bermalam dirumah Mamakmahidin (Hj. Ahmad Mahidin). Setelah subuh dan sarapan Mamakmahidin menghantar kami ke Pulapol jalan Gurny. Dengan bag besar warna hijau tentera penuh dengan kelengkapan peribadi ku bimbit ke dewan Pengaman, mendaftarlah sebagai seorang rekerut polis.
Kejayaan tidaklah setakat mana, cuma mampu berkerja untuk tidak dimarahai dan melaksanakan tugas semampu yang boleh. Amanah yang diberikan kadang dapat dilaksanakan dengan baik adakalanya terpaksa ditolong rakan rakan dan orang atasan, bagai aur dengan tebing. Begitulah resam polis ia tidak boleh bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing, gagal lah Ia.
Kerusi empok bukanlah idaman, pada diri biarlah sederhana tetapi selesa, pepatah mengatakan berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, brsakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.
terimalah walau pun nampak kecil tetapi amat berharga.
Manit KeroiKejayaan tidaklah setakat mana, cuma mampu berkerja untuk tidak dimarahai dan melaksanakan tugas semampu yang boleh. Amanah yang diberikan kadang dapat dilaksanakan dengan baik adakalanya terpaksa ditolong rakan rakan dan orang atasan, bagai aur dengan tebing. Begitulah resam polis ia tidak boleh bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing, gagal lah Ia.
Kerusi empok bukanlah idaman, pada diri biarlah sederhana tetapi selesa, pepatah mengatakan berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, brsakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.
Jika pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang.
Sahabat perjuangan abah
Sahabat perjuangan abah
Isteri sahabat seperjuangan abah
Khamis, 31 Mac 2016
MENAHAN SABAR.
Hari ini dihantar satu ujian kesabaran. Adakah dia kata saya umpamakan anaknya seperti binatang kerana tiada kad pengenalan. Kalau ia pun ada masaalah jangan babitkan malah diri sendiri kepada orang lain. Alhamdulillah usia dan tua menunjukkan kematangan. Ikut engkaulah amranismailamranismailamranismail. Patutlah anak lari, patutlah bergaduh sahaja dengan orang. Setelah diamati rupanya engkau seorang yang taka cukup.
demi kebahagian orang lain berkorban apa saja
Diantara orang kesan orang yang mempunyai penyakit hati ini ialah dia merasakan diri dia sahaja yang betul, dia paling baik orang lain semua salah dan orang yang hatinya berpenykit ini kesan yang paling bahaya dia sangat sangat sukar menerima nasihat, kesan yang lain ialah dia sangatkurang berdoa kepada Allah s.w.t
Gambaran hiasan Syed
Untuk kenangan pewaris jawatandemi kebahagian orang lain berkorban apa saja
Diantara orang kesan orang yang mempunyai penyakit hati ini ialah dia merasakan diri dia sahaja yang betul, dia paling baik orang lain semua salah dan orang yang hatinya berpenykit ini kesan yang paling bahaya dia sangat sangat sukar menerima nasihat, kesan yang lain ialah dia sangatkurang berdoa kepada Allah s.w.t
Jumaat, 25 Mac 2016
APA KATA KPN
Majlis Bacaan Yasin
Memuji dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpahan rahmat-Nya
yang masih memberi kesempatan kepada kita untuk meraikan Sambutan Hari Polis
Ke-209 kali. Pada kesempatan ini, KPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaannya dan
terima kasihnya kepada seluruh warga
Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah
memerah keringat dan bergadai nyawa demi memastikan kedaulatan,
Sebagai sebuah organisasi penguatkuasaan yang dinamik, PDRM
perlu
KPN mengakhiri perutusannya dengan menyeru seluruh warga
PDRM untuk
Jamuan
Apa kata KPN sempena sambutan peringatan Hari Polis ke 209.
Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam 1Pasukan.
keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara kekal
terpelihara. Khidmat bakti dan kelestarian pengorbanan PDRM terbukti sepanjang
209 tahun kewujudannya dan pada hari
ini, 25 mac dapat semua sama-sama
berdiri megah menyambut tarikh keramat.
Sepertimana yang kita lakukan setiap
tahun.
KPN mengucapkan Sekalung penghargaan yang tidak terhingga
ditujukan kepada pesara-pesara polis di atas perkhidmatan cemerlang yang telah
disumbangkan sekian lama kepada nusa dan bangsa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan
rakan-rakan pesara tidak akan dilupakan. Bagi mereka yang
telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita, sama-samalah
kita berdoa agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh di
sisi Allah SWT.
KPN juga ingin
menzahirkan rasa penghargaannya kepada masyarakat yang sentiasa memberikan keyakinan dan kepercayaan
kepada PDRM untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan mereka. Atas dasar itulah
tema "POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA" dikekalkan dalam sambutan
tahun ini. Menginsafi ketulusan yang tidak terbalas ini, PDRM mengucapkan
jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan selama ini.
melakukan transformasi dan bergerak seiring dengan tuntutan
semasa,
perubahan persekitaran dan ekspektasi masyarakat. Justeru,
PDRM perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan kehendak
stakeholders.
Selari dengan Pelan Strategik PDRM (PSPDRM) 2015-2020 serta
Pelan
Integriti PDRM 2016-2020 untuk memacu PDRM ke arah
"World Class
Policing",
KPN telah
menggariskan tiga (3) tumpuan utama bagi Polis sama-sama mendokong agenda
pasukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, aman dan sejahtera
sejajar dengan visi dan misi
PDRM bagi tahun 2016.
Pertama adalah mengawal serta mengekang jenayah dan ancaman
media sosial melalui pencegahan dan penyiasatan berkesan. Polis akan terus memperkasakan usaha memerangi
jenayah, termasuklah
memberi fokus kepada aspek mengawal ancaman media sosial
ekoran daripada peningkatan ancaman siber seperti penipuan siber, cubaan pencerobohan,
pencerobohan, kod fitnah, gangguan siber, laporan yang mudah terdedah serta penipuan perkhidmatan.
Kedua memperkasakan
penyampaian perkhidmatan ke arah
kepolisan moden di
mana PDRM perlu
memfokuskan kepada pemantapan keberkesanan tadbir urus yang baik melalui
Peluasan Inovasi dan Kreatif, Persempadanan Semula Kawasan Pentadbiran Balai
Polis dan Program Infaq PDRM sepertimana
yang digariskan oleh PSPDRM 2015-2020.
Ketiga menjurus
kepada pemantapan integriti dan pematuhan
standard warga PDRM yang merupakan kesinambungan kepada .
Ianya memfokus kepada penambahbaikan Kod Etika PDRM sebagai alat kawalan
sosial dan panduan yang berfungsi sebagai inspirasi,
pencegahan salah laku, pemeliharaan maruah profesion dan keharmonian.
menziarah mereka yang pergi
meningkatkan momentum bagi mencapai prestasi yang lebih
cemerlang,
serta terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran yang
mendatang.
Marilah kita bersatu hati untuk terus maju serta memantapkan
lagi imej
PDRM, demi memenuhi hasrat dan harapan negara dan masyarakat
terhadap kita. Berbekalkan sumpah keramat kita untuk
berkorban demi
bangsa dan agama, kita akan sentiasa berada di dalam rahmat
dan
perlindunganNya jua, insyaAllah.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih.
(TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR) IG
Ketua Polis Negara
25 Mac 2016
Kawan lama yang bersara
E labu, Razali nasi kandar, Biado ho, Nan mamak, Zaidi, Not petai Aris Mamak
Langgan:
Catatan (Atom)