Bayangkan kalau kita ditahan didalam lokap polis atau dipenjarakan selama 3 hari 2 malam. Bayangkan apa perasaan burung disangkar emas, badan terkurung, mata terlepas. Satu hari pergi berkunjung kerumah kenalan baru diKg Selamat Tasek Gelugor. Punya le banyak pelihara burung merbok dan tekukur, dia kata buat berniaga. Masa tu dia sedang lepaskan beberapa ekor burung tekukur yang terlampau besar dan sudah agak tua katanya tarak harga. Bila pintu sangkar di buka ada 3 perangai burung tekukut.
Pertama terbuka aja pintu sangkar terus terbang tingi dan terbang jauh,,,,,,,,,,,hingga tak nampak
Kedua keluar dari sangkar, terbang hinggap dipokok berhampiran
Ketiga tak mahu keluar dan jenuh di halau.
pertama kata tobat aku tak nak masuk lagi
kedua tak tahu alam mana yang seronok dalam sangkar ke atau diangkasa luas
ketiga kata dok dalam lagi seronok, tak gaduh nak kerja boleh makan Free.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan