Jumaat, 13 Julai 2018

Naik geram, darah jadi garam

Assalamualaikum. Semua jemaah surat terutama sekali AJK surau Al Fatih.
Sy baru sahaja menerima berita sedih dimana Ajk surau telah membuat keputusan menamatkan pengajian ustaz Roslan Ismail di Surau Al Fatih. Juga sy difahamkan penamatan pengajian ini tanpa sebarang alasan yg di barikan.
Walaupun sebelum dari keputusan ini sy ada membuat pos berupa rayuan supaya ajk dapat membuat kajian dan pertimbang keputusan mesyuiarat yg dibuat. Dari segi pandangan dan pendapat sy, kuliah ustaz Roslan adalah salah satu kuliah yg terbaik di surau kita.
1.Isu-isu yg beliau timbulkan membuat kita berfikir dan akan mengkaji. Inilah cara percambahan ilmu yg baik, dari kita mendengar dan menerima bulat bulat.
2.Ustaz yg boleh menterjemah kitab dari bahasa Arab dan mengulasnya tapa meleret -leret.
3.Ustaz tidak memaksa kita megikut atau menurut pandangannya.
4. Pengajiannya tidak membebel.
5. Tiada perbalahan jemaah hasil kuliah ustaz Roslan sejak dahulu. Ustaz telah bertahun tahun mengajar di surau kita tiada masaalah pada jemaah. Sy faham ada yg tidak setuju dgn Ust. Roslan dan tidak masuk kuliahnya. Inilah cara terbaik. Apa yg sy lihat perpecahan jemaah kita malah ada jemaah surau yg tidak mendekati surau Al Fatih bukan kerana pengajian Ustaz. Tetapi kerana percakapan sesama kita dan jawatan.
Saudara saudara ajk adalah sehabat dan rakan sy, kita sudah lama berkenalan. Apabila kalian memberhentikan  Kuliah ustaz Roslan, Sy rasa seolah olah kalian telah menaburkan duri duri dan kaca di pintu surau untuk sy. Suka sy mencadangkan dan menasihatkan.
1.Sy syorkan  sekiranya pengajian ustz Roslan di berhentikan kerana surau tidak cukup wang. Sy dan beberapa rakan sedia untuk menanggungnya. macam ayat perli aja.
2. Nasihat sy Kalian telah menjadi AJK surau, pandangan Jemaah perlu diambil kira. janganlah tuan tuan telah berjaya mengindahkan surau Al Fateh, kalian menjadi sombong.
3. Sebenarnya bukanlah sy sendirian didalam hal ini. Cuma biarlah sy yg bersuara untuk kebaikan. Kami sedia memujuk ustaz Roslan untuk mengajar semula. Sekiranya AJK izinlan.
4. Ayat perli dari sy bila nak buat pemilihan ajk semula, boleh sy bertanding. Boleh buang ustaz lagi ramai. Maaf zahir batin.
Ini ingatan dan nasihat sy pedih siki, jangan terbuku dihati. Sy bukanlah seorang yang pandai menawan hati manusia kepada surai, menjauhkan manusia dari surau sy reti.
Rakyat Malaysia baru, kena bersuara..
Barang siapa yg diberi petunjuk oleh Allah, maka tiada yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkannya, maka tiada yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan