Tak beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 1431 hijrah. Mari kita bayangkan seketika. Macam mana agaknya kalau kita tahu tarikh kita nak Mati atau pun tarikh hari Kiamat? macam kita tahu nak datangnya tahun baru 1432. Pasti kita akan tinggalkan keseronkkan didunia ini.
Cakap-cakap kita kali ni, berkenaan naik Haji, rasanya semangat haji masih ada lagi, La ni orang tengah balik tunai haji. Cerita ni berkenaan orang miskin yang kerap pergi haji. Kampung tu ramai yang kaya dan berada, tapi tak le pegi haji sekerap si miskin ni. Si miskin ni kadang-kadang tak peduli makan minum anak bini, kira nak pergi haji saja, anak keci-kecik lagi, rumah pon buruk aja itu pun peninggalan arwah emaknya. Adakala naik haji di kedai kopi, sekali sekala dibawah pokok pelam hadapan rumah.Punya asyik main dam haji kerja pun malas. Musim getah mahal ni pun malas. Nak jadikan cerita, satu hari simiskin main dam dihalaman rumah bawah pokok pelam, kira-kira banyak kali dah pergi haji tapi tak habis lagi. Bini dalam rumah pun berbunyi le "Bang mai jap", Tunggu sat kata suami. tak lama kemudian bini panggil lagi "bangg mari sat" tunggu sat nak pegi haji ni. kali ketiga suara bini kasar dan kuat sikit "bangggggggg mai sat" Simiskin pun dengan pantas bangun terus masuk kedalam rumah. Apa lagi dalam rumah *&^%$#@aduh+_)(*&^%$#@aduh<>?:"}{+_aduh&+. Si miskin terus keluar rumah dan pergi ketmpat main dam haji, bawah pokok pelam. Kawan pun tanya apapasal? "ORANG PEREMPUAN BUKAN BOLEH BAGI MUKA" kata simiskin. Kawan pun terkejut dan nampak dibelakang simiskin ada bekas kena pukul dan nasi. Si miskin pun bercakap-cakap "Bini aku pukul dengan sendok nasi' dia marah aku tak beli ikan lagi, dah tengahari ni" Nasib baik aku bagi belakang kalu bagi muka macam ni le jadinya. Selasa, 30 November 2010
Sabtu, 27 November 2010
Begitulah jadinya
Cakap-cakap dari kekasih yang baru balik mendengar kuliah.
Uataz tu cakap dia, suka bercampur/ bergaul dengan anak-anak muda. Cerita dari ustaz.
Anak-anak muda sekarang mempunyai nada dering HP bermacam-macam. Nada dering kekasih dengan lagu.......Cinta, Nada dering untuk emak lagu Mamat Oh Ibu, bapa lain, macam-macamlah. Kalau nada dering kekasih tu cepat-cepatlah dicapai dan dijawab. Ustaz pun bertanya:-
Ustaz....... Kekasih ke?
A.Muda....Ya.
Ustaz........Cinta ke kat kekasih?
A.Muda....Ya
Ustaz........Kat Allah cinta tak?
A.Muda....Mesti.......... lah cinta. Allah mestilah kita cinta.
Ustaz........Seruan Azan dah lama berkumandang, tak pergi sembahyang pun.
Itulah kehidupan bila panggilan kekasih aja, cepat-cepat kita jawab dan layan. Bila seruan azan....panggilan Ilahi.....berat aja langkah kita. Solat ni kena On Time. Mengapa sembahyang menjadi berat? Awat!! kerana selalu sembahyang. Kalau selalu sembahyanglah menjadi ringan. Sembahyang tak berat pun, itu pasal ramai yang boleh buat. Yang berat kerana jarang sembahyang.
Satu lagi cerita sebelum terlupa, nak ucapkan selamat menghadapi Perperiksaan kepada anak-anak menakan dan semua pelajar yang ambil SPM/STP tahun 2010. Rasanya tak terlambat lagi. Nak pesan jugalah, jagalah kesihatan, jangan lincah sangat dengan aktiviti luar, duduk aja kat rumah buat masa ni, manalah tau takut-taku teseliuh tangan, nanti nak tulis susah pulak. Semoga berjaya anak menakan ku Adib Khusairi, Afini M.Zahir dan Nurul AhmadNor. Doa dari Biado Ho. Untuk kejayaan.
Ini nak cerita pasal marah pulak, tak guna punya orang,..pinjam kata Aderin "Cilaka" punya orang. tak habih-habih menyusahkan. Kalau dapat nak potong-potong tangan bio padan.buat jahat tak habih-habih. Besi tutup longkang jalan kena curi lagi, kali ni jalan utama dari Tmn Sejati ke kawasan perushaan Bakar Arang dekat terowong. Yang peliknya kawasan tu ramai orang, jalan utama pulak, takkan tak ada orang nampak. Kalau orang ramai tengok aja jenayah berlaku depan mata, tak ambil tindakan mencegah, nampak gayanya harta kita tak selamat. Lu punya lu jaga, wa punya wa jaga. Cakap-cakap dari Baling. dulu kalau getah buku (sekerap) jatuh dari lori, orang buat endah tak endah aja, sekarang jangan main. 3 ketul buku getah dah boleh dapat RM5. Boleh isi minyak motor, nak rempit.
AMARAN SETERUSNYA
Sikit lagi nak cakap-cakap kerana pandang pandang kat FB anak-anak dan anak-anak menakan. Yang bergaya dengan perempuan le, yang bergaya macam model le, macam artis le, yang bergaya dengan tatu le, yang macam pondan le, yang tak pakai tudung le, macam-macam lagi le. Yang pertama JANGAN ikut yang tak baik. Kita orang Islam.
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

Jumaat, 19 November 2010
MALAYSIA TERLEWAT LAGI
Hari ni dah 19november ertinya dah 3 hari kita menyambut hari Raya Qurban. Ramai dan banyaklah berjumpa dengan orang dan dengar cakap-cakap. 10 Zulhijjah 1431hijrah hari raya diucapkan SELAMAT "Eid Al Adha" Mubarak kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog ini. 11, 12, dan 13 hari tashriq, "hari makan minum". Hari ni di Mina Jemaah HJ mula berangkat balik ke Mekah, hendak menyempurnakan tawaf haji dan sae haji.
Terlalu banyak cakap-cakap yang didengar sampai tak tahu mana nak dicatit. Pertama berkenaan hari Ukuf di Arafah 15/11/2010 dan Malaysia sambut Hari Raya Qurban 17/11/2010. Katanya kebiasaan Malaysia akan sambut Hari Raya ini (Qurban) sehari selepas Ukuf di Arafah, maksudnya raya pada (16/11/2010) seperti negara-negara lain. Penentuan tarikh bulan Hijirah (puasa dan raya) di Malaysia melalui Rukyah dan hisab dan pada malamnya Penyimpan Mohor besar Raja-Raja akan mengumumkan dengan persetujuan Raja-raja.............Cakap-cakap nakal pun keluarlah, masa negara seluruh dunia lihat anak bulan, sampai kat Malaysia dia menyorok kat mana.......Sampai bila nak sama, apakah anak bulan stetelah 24 jam samapai kat negara lain baru datang ke Malaysia. Kita bimbang diketawakan Satu bumi, satu bulan satu matahari tetapi berbeza tarikh. Cakap mudah kita ikut pemerintah. Tapi adakah Arab dan Malaysia bumi yang berbeza. Apaapa pun Biado Ho serahkan kepada pakarnya Falak Syari Malaysia.
Cakap-cakap kedua di restoren Mamak, sebenarnya sekarang bukan restoren mamak, restoren bangla/India mari. Cakapnya sekumpulan keturunan India warga Malaysia marah kepada pekerja restoren. "Apa pasai mahal mau cepat balik India ke?". Lebih kurang 40 -50 tahun dulu ayat ini orang melayu kata kat orang India warga negara, tapi sekarang orang Melayu tak kata dah, yang kata Orang India warga negara kepada Orang India mari. Nampaknya orang India warga negara telah akui Malaysia negara mereka. Mungkin pemimpin negara telah memikirkan menghapuskan Identiti bangsa (Melayu, India, Cina dan lainnya) kepada bangsa Malaysia. Macam Bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Rasanya kalau semua di kenal Bangsa Malaysia hilanglah UMNO, MIC, MCA hanya tinggal PAS dan bukan PAS aja. XIE XIE

Langgan:
Catatan (Atom)