Sabtu, 27 November 2010

Begitulah jadinya

Cakap-cakap dari kekasih yang baru balik  mendengar kuliah.
Uataz tu cakap dia, suka bercampur/ bergaul dengan anak-anak muda. Cerita dari ustaz.
Anak-anak muda sekarang mempunyai nada dering HP bermacam-macam. Nada dering kekasih dengan lagu.......Cinta, Nada dering untuk emak lagu Mamat Oh Ibu, bapa lain, macam-macamlah. Kalau nada dering kekasih tu cepat-cepatlah dicapai dan dijawab. Ustaz pun bertanya:-
Ustaz....... Kekasih ke?
A.Muda....Ya.
Ustaz........Cinta ke kat kekasih?
A.Muda....Ya
Ustaz........Kat Allah cinta tak?
A.Muda....Mesti.......... lah cinta. Allah mestilah kita cinta.
Ustaz........Seruan Azan dah lama berkumandang, tak pergi sembahyang pun.
Itulah kehidupan bila panggilan kekasih aja, cepat-cepat kita jawab dan layan. Bila seruan azan....panggilan Ilahi.....berat aja langkah kita. Solat ni kena On Time. Mengapa sembahyang menjadi berat? Awat!! kerana selalu sembahyang. Kalau selalu sembahyanglah menjadi ringan. Sembahyang tak berat pun, itu pasal ramai yang boleh buat. Yang berat kerana jarang sembahyang.
Satu lagi cerita sebelum terlupa, nak ucapkan selamat menghadapi Perperiksaan kepada anak-anak menakan dan semua pelajar yang ambil SPM/STP tahun 2010. Rasanya tak terlambat lagi. Nak pesan jugalah, jagalah kesihatan, jangan lincah sangat dengan aktiviti luar, duduk aja kat rumah buat masa ni, manalah tau takut-taku teseliuh tangan, nanti nak tulis susah pulak.  Semoga berjaya anak menakan ku Adib Khusairi, Afini M.Zahir dan Nurul AhmadNor. Doa dari Biado Ho. Untuk kejayaan.
Ini nak cerita pasal marah pulak, tak guna punya orang,..pinjam kata Aderin "Cilaka" punya orang. tak habih-habih menyusahkan. Kalau dapat nak potong-potong tangan bio padan.buat jahat tak habih-habih. Besi tutup longkang jalan kena curi lagi, kali ni jalan utama dari Tmn Sejati ke kawasan perushaan Bakar Arang dekat terowong. Yang peliknya kawasan tu ramai orang, jalan utama pulak, takkan tak ada orang nampak. Kalau orang ramai tengok aja jenayah berlaku depan mata, tak ambil tindakan mencegah, nampak gayanya harta kita tak selamat. Lu punya lu jaga, wa punya wa jaga. Cakap-cakap dari Baling. dulu kalau getah buku (sekerap) jatuh dari lori, orang buat  endah tak endah aja, sekarang jangan main. 3 ketul buku getah dah boleh dapat RM5. Boleh isi minyak motor, nak rempit.
                                 AMARAN SETERUSNYA
Sikit lagi nak cakap-cakap kerana  pandang pandang  kat FB anak-anak dan anak-anak menakan. Yang bergaya dengan perempuan le, yang bergaya macam model le, macam artis le, yang bergaya dengan tatu le, yang macam pondan le, yang tak pakai tudung le, macam-macam lagi le. Yang pertama JANGAN ikut yang tak baik. Kita orang Islam.
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan