Jumaat, 19 November 2010

MALAYSIA TERLEWAT LAGI

Hari ni dah 19november ertinya dah 3 hari kita menyambut hari  Raya Qurban. Ramai dan banyaklah berjumpa dengan orang dan dengar cakap-cakap. 10 Zulhijjah  1431hijrah hari raya diucapkan SELAMAT  "Eid Al Adha"  Mubarak kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog ini. 11, 12, dan 13 hari tashriq, "hari makan minum". Hari ni di Mina Jemaah HJ mula berangkat  balik ke Mekah, hendak menyempurnakan tawaf haji dan sae haji.
Terlalu banyak cakap-cakap yang didengar sampai tak tahu mana  nak dicatit. Pertama berkenaan hari Ukuf di Arafah 15/11/2010 dan Malaysia sambut Hari Raya  Qurban 17/11/2010. Katanya kebiasaan Malaysia akan sambut Hari Raya ini (Qurban) sehari selepas Ukuf di Arafah, maksudnya raya pada (16/11/2010) seperti negara-negara lain. Penentuan tarikh bulan Hijirah (puasa dan raya) di Malaysia melalui Rukyah dan hisab dan pada malamnya Penyimpan Mohor besar Raja-Raja akan mengumumkan dengan persetujuan Raja-raja.............Cakap-cakap  nakal pun keluarlah, masa negara seluruh dunia lihat anak bulan, sampai kat Malaysia dia menyorok kat mana.......Sampai bila nak sama, apakah anak bulan stetelah 24 jam samapai kat negara lain baru datang ke Malaysia. Kita bimbang diketawakan Satu bumi, satu bulan satu matahari tetapi berbeza tarikh. Cakap mudah kita ikut pemerintah. Tapi adakah Arab dan Malaysia bumi yang berbeza. Apaapa pun Biado Ho serahkan kepada pakarnya Falak Syari Malaysia.
Cakap-cakap kedua di restoren Mamak, sebenarnya sekarang bukan restoren mamak, restoren bangla/India mari. Cakapnya sekumpulan keturunan India warga Malaysia marah kepada pekerja restoren. "Apa pasai mahal mau cepat balik India ke?". Lebih kurang 40 -50 tahun dulu ayat ini orang melayu kata kat orang India warga negara, tapi sekarang orang Melayu tak kata dah, yang kata Orang India warga negara  kepada Orang India mari. Nampaknya orang India warga negara telah akui Malaysia negara mereka. Mungkin pemimpin negara telah memikirkan menghapuskan Identiti bangsa  (Melayu, India, Cina dan lainnya) kepada bangsa Malaysia. Macam Bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia. Rasanya kalau semua di kenal Bangsa Malaysia hilanglah UMNO, MIC, MCA hanya tinggal PAS dan bukan PAS aja. XIE XIE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan