Rabu, 24 Julai 2013

Ahmad Aabid Mursyid

Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesatu yeng melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, kemudian kami menjadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha suci Allah, pencipta yang paling baik. (AL Quran Al-Mukminun)
Amat mudah bagi Allah menjadikan sesuata, dengan izin dan kehendaknya  lahirlah Ahmad Aabid Mursyid. Pada 2 ramadhan 1434 bersamaan 11 julai 2013  jam 4.04 petang.
Kehadirannya teringatlah sepotong ayat Allah
وَاعْلَمُواْأَنَّمَاأَمْوَالُكُمْوَأَوْلاَدُكُمْفِتْنَةٌوَأَنَّاللّهَ عِندَهُأَجْرٌعَظِيمٌ
Dan ketahuilah hartabenda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya disisi Allah jugalah pahala  yang besar”.                                   (surah Al-Anfal ayat 28)
                             
 كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلى الْفِطْرَة، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، وَيُنَصِّرَانِهِ، وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ
Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan)” (HSR Bukhari dan muslim)
Ahmad Aabid Mursyid umpama kain putih yang bersih kamilah  yang akan bertanggung jawab mewarnai dan mencorakkannya. Kami pohon kepada Mu Ya Allah berikanlah kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini, sokongan dan Doa dari semua diharapkan.
 
Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Ya Allah jadikanlah anak ini orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukan orang yang sombong dan bukan pula orang yang durhaka, Jadikanlah dia termasuk di kalangan orang yang soleh.
Ya Allah Jadikanlah dia orang yang faham agama. Ajarkan kepadanya ta’wil dan tafsir,  faham yang mendalam tentang Al Quran dan limpahkan kepadanya rezeki yang banyak, anak yang ramai dan berkatilah hidupnya dengan rahmat Mu. Ya Allah Ya Tuhan yang sangat mengasihani. AMIN

 

Selasa, 18 Jun 2013

Kawan Ku Polis

Rakyat Malaysia menyanjung tinggi peranan polis. Sikap positif inilah yang mendorong  anggota polis di negara ini sanggup berkorban nyawa demi menegakkan keamanan. Mereka tidak gentar menghadapi penjenayah, kerana itu adalah tugas yang diamanahkan oleh rakya.
Mereka bukan begini. Seorang polis terserempak dengan seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut bag tangan seorang wanita. Polis itu terus mengejar peragut sekuat hatinya. Selepas mengejar begitu jauh dan lama, akhirnya peragut berjaya diberkasnya. Peragut pun berkata awak baru jadi polis ke?. Polis pun bertanya mengapa?. Peragut berkata biasanya polis lama tak kejar sampai jauh dan lama, mereka hanya kejar sekejap dan berhenti. Hanya polis baru sahaja yang kejar sampai dapat. Mengenang umur persaraan 60 tahun
                                                                  Tugas Ke N9


                                                     Semoga tiada yang tercicir


Ahad, 2 Jun 2013

TALI PERSAUDARAAN

Bila  cuti persekolahan banyaklah kendurikendara, kaumkeluarga, sahabathandai, jirantetangga. yang jauh yang dekat berkunjung dan bersua, bersalam berkenalan dan bergembira. Seronok dan bergembira. Inilah salah satu cara untuk menghubungkan talipersaudaraan (Silaturahim). Islam adalah agama persaudaraan. Agama yang mengutamakan tali persaudaraan antara sesama manusia tanpa membezakan kedudukan, bangsa dan warna kulit.
Yang sedihnya ada jug orang mengabaikan dan mengambil ringan tentang hubungan persaudaraan ini. Kita sering dengar pepatah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh" tetapi pepatah ini hanya mainan di bibir sahaja. Malah ada yang meremehkan ajakan atau panggilan kemajlis kenduri.
Sesungguhnya rasa persaudaraan itu akan timbul bilamana sesama orang Islam itu tidak sombong diri atau mengangap diri lebih mulia dari orang lain, tidak irihati dan dengki, tidak saling hina menghina
Rasululah s.a.w. bersabda: Tidak ada perbuatan hasanat yang lebih cepat pahalanya daripada Silaturahim dan tiada dosa yang layak disegerakan pembalasannya di dunia  disamping seksanya kelak di akhirat seperti memutuskan tali persaudaraan dan berlaku zalim aniaya.
Saling bersaudaralah kalian kearna Allah
Tidak masuk surga orang yang memutuskan kekeluargaan (HR Bukhari dan Muslim)
Barang siapa yang senang dibentangkan kepadanya jalan reseki serta dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali kekeluargaan.
Hendak mengenali sahabat, kita bermusafir bersamanya.
Bakar kambing bersama
Main bersama
ZiarahBergambar