Khamis, 22 Oktober 2009

Dah mai

Assalamualaikom w.w
Musim dah mai.. semua orang mula bercerita, Tv, radio, surat khabar juga bercerita tentangnya, biado juga nak tumpang cerita tentangnya, nak tumpang gembira, nak cerita pengalaman buat iktbar kat kau orang yang muda dan yang belum pergi ke Mekah. Masa muda dulu ada simpan hajat nak ke tanah suci dalam usia awal 45, tapi hajat tu tak tercapai, umor 48 baru dapat sampai, walau bagai mana pun Alhamdulillah masa pi tu masih sihat dan bertenaga. Mula-mula dulu, potong gaji untuk tabung Haji hanya $20.00 sebulan, bila dah lama kerja gaji pon naik, potong le RM 200.00 sebulan, itu pon sekitar tahun 90an, ada kala sesak kena korek juga. Mai kita kira kalau sebulan simpan RM200.00 selama 10 tahun (120 bulan)120X200=RM24,000.00.Banyak tu, Tahu 2008 dah kerja selama 28 tahun, tolak campur bahagi boleh le belanja pergi mekah untuk 2 orang. Lepas tu sedekah dari Abang, Kakak-kakak, adik-adik yang tak dapat di lupakan, juga Bonda, malah sumbangan juga datang dari rakan taulan. Banyak tu.Boleh berbelanja dengan mewahnya di Mekah. Tidak di lupakan untuk peringat kat kalian semua,amalan Biado buat apabila tiba musim Haji. Biado akan ziarah orang yang hendak pergi Haji, dan minta dia seru-seru nama Biado disana,supaya cepat sampai ke Tanah Suci di samping tu beri le sedikit sedekah. Cerita ni apa yang dialami mudah-mudahan boleh menjadi panduan kau orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan