Ahad, 25 Oktober 2009

senyum

Assalamualaikom..w.w.
Saya pandang dia, dia pun pandang saya sambil tersenyum, saya pun balas dengan “senyuman”, Kami sama-sama tidak mengeluarkan sebarang perkataan. Dalam hati saya lepas ni misti jumpa dia. Dalam hatinya saya tak tahu le. Kami sama-sama di barisan hadapan. Selesai saja beri salam dan berdoa, kami pun berjabat tangan. Sayapun mula kan perbualan.
s..Macam mana?
d..Jawab dapat.
s..Alhamdulliah, bila?
d..Tarikh tak tahu lagi, sambil senyum tak habis-habis.
Perbualan kami terputus kerana ramai lagi jemaah yang hendak bersala-salaman.
Itulah sedikit perbualaan saya dengan seorang kawan di Surau Taman Sejati, selepas sembahyang Isya. Cerita dia ni. Telah mendaftar nak pergi Haji pada tahun 1996. Dengar cerita sebelum ni Tabung Haji telah 3 kali ditawarankan pergi ke Mekah, di tolak kerana masaalah tak dapat cuti dari majikan, masaalah keluarga le. Pada tahun 08 dia nak pergi sangat-sangat tapi tak dapat, tengok-tengok saya daftar kendian dapat pe, lagi-lagi le dia nak pergi. Tahun ni 09 dia tak di panggil juga. Dia pun buat le rayuan, oleh kerana dia dah mendaftar lama, Tabung Haji pertimbangkan rayuan dan 80 peratus akan dapat pergi Haji tahun 2009. Itulah cerita keinginan kawan saya nak pergi ke Tanah Suci. Sebelum ni pun dia banyak bertanya tentang Ibadah haji dan salah seorang peminjam buku Travelog Haji.
Kami punya cerita mula-mula nak pergi mudah sangat, tahun 2004 pada satu hari musim macam ni le, semua orang cerita pasla Mekah, saya pun Tanya le kawan setaman (Pengurus Tabung Haji Sg. Petani).
S..Saya bila nak panggil? Duit dah penu.
K..Dah daftar ke belum?
S..daftar.
K..Ya daftar le dulu, baru kena panggil.
Selang beberapa lama, pi le ambil borang daftar, tak isi-isi, sampai borang hilang, pi ambil lain isi dan hantar. Tahun 2006 mai tawaran nak pergi Haji, tak jawab. 2007 mai lagi tawaran jawab nak pergi, jadi jemaah menunggu, siap dengan kursus perdana dan periksa kesihatan tak dapat pergi. 2008 apa lagi nama teratas sekali NO 1 le.
Semoga kau orang simpan le duit sedikit-dikit untuk pergi Tunai Haji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan