Hamzah bin Abdul Aziz, abang sepupu ana, , Hamzah anak sulung adik, abah ana. Adakah kawan kamu atau kenalan kamu nama Hamzah?. Jarang-jarang atau tak ada langsung. Yang ana nak cerita ni Hamzah bin Abdul Mutalib. Bapa saudara Nabi SAW. Singa Allah, rasa kalian pasti kenal. Beliau seorang keturunan bangsawan, turut serta dalam peperangan Badar dan Perang Uhud. Semasa perang Uhud yang penuh dengan ujian. Pihak Muslimin telah berjaya di perigkat awalnya, tetapi tewas setelah arahan Nabi saw tidak di turuti dan kerana berebut harta rampasan perang.(berenti sat kerana teringat kisah sebuah Pati politik la ni nampak dah berjaya tawan beberapa negeri, sekarang dah mula nak berebut dan tak sehaluan). (Pandangan saya) Pengajaran UHUD perlu diambil iktibar. Dalam perperangan UHUD Saiyidina Hamzah telah terkorban. Jasad Hamzah bin Abdul Mutalib telah di hina Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian,. Hindun bersama beberapa wanita Quraish telah mencari mayat mayat kaum muslimin dan memotong telinga dan hidung mereka dan di jadikan permainan. Perut Saiyidina Hamzah telah di bedah, di keluarkan jantungnya lalu di kunyah kunyah. Hindun membalas dendam atas kematian saudaranya semasa perang Badar dahulu. (Zionis buat kat orang pelastin macam tu le) kalau nak rasa ommnya baca sirah.
Semasa ana bersama pn. Min di Madinah kami telah berkesempatan mengziarahi Makam para syuhada Uhud. Tiada tanda atau batu nisan cuma kawasan dipagar, Orang kata kalau kita hulur tangan ke dalam kawasan pagar, tangan kita didalam pagar rasa lebih sejuk dari badan kita diluar pagar. Ana tak cuba pun, dah balik Mekah baru dengar cerita ni.
Apa-apa pun disekitar kawasan tersebut cukup nyaman. Yang ana nak cerita semasa sampai sahaja di Makam Para syuhada Uhud ana teringat Saiyidina Hamzah dan perjuangannya, hati ana jadi sebak dan air mata berkumpul di kelopak mata. Bagai manalah diri ini dapat berkorban untuk Agama Allah. Semoga kita mendapat hidayah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan