Sabtu, 30 Januari 2010

Gendang di Palu............... menyambut pengantin baru.
Kali ni kita nak sembang pasal kawin, Biado ho nampak kaum kerabat Biado dah ramai yang besar panjang . Dah layak kawin tapi nampaknya sunyi sepi pasal kawin. Biado tak tahu pasal apa. Kalau yang perempuan tu mungkin nak tunggu jejaka pilihan. Tapi yang anak teruna ni takkan tak jumpa dara pingitan. Kalau kita tanya mungkin akan ada yang kata belum sampai jodoh. Sebenarnya jodoh ni macam cari rezeki jugak le. Rezeki untuk kita Allah dah sediakan, Cuma kita kena usaha. Begitu juga le jodoh kena usaha supaya jumpa. Ada juga kata tak cukup duit. Masaalah tak cukup duit ni macam nak beli kereta le. Ada sedikit wang, nak bayar duit muka sudah cukup, kereta boleh bawak keluar. Kalau cakap kat emak nak kawin InsyaAllah emak kalian mesti bantu punya. Ada pulak yang kata tak cukup Ilmu. Ilmu kawin tak ada tak pa, janji ada nafsu cukup. Ilmu lama-lama dia bertambah le. Apa nak jadi sampai sekarang tak kawin lagi
Berkahwin ni sunah Rasulullah. Rasulullah ada bersabda “Carilah rezeki dengan berkahwin” dari Ibnu Abbas.
Hai para pemuda, barang siapa di antara kamu telah sanggup berkahwin, hendaklah ia kahwin, Kerana kahwin itu lebih baik untuk menundukan pandangan dan lebih baik untuk menjaga kemaluan dan barang siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa. Bukhari dan muslim.
Firman Allah: Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia mencipta untuk mu isteri-isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya diantaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagikaum yang berfikir.
Ar Rum ayat 21.
Sukakah engkau aku beritahu apakah dia harta yang paling bernilai bagi seorang suami? Harta yang paling bernilai bagi seorang suami ialah isteri yang salihah, apabila ia memandangnya dia merasa senang dan apabila ia menyuruhnya suruhannya dipatuhi, dan apabila ia berpergian, meninggalkan rumah haknya di pelihara. Riwayat Abu Daud.
Sedikit dari Firman Allah dan hadis di atas harap-harap kaum kerabat Biado terbukalah hati-hati mereka untuk berkahwin. Semuga ramailah umat Nabi Muhamad saw di muka bumi ini.
Gambar hiasan sumbangan Cathy kris

1 ulasan:

  1. lambat kahwin ..., orang dulu kata kalau tanam uri dalam sangat pun nanti lambat kahwin, kalu tanam jauh dari jalan pun lambat kahwin sebab orang tak nampak..,betul ke kata kata ni atau berbetulan saja..kalian yang lambat kahwin cuba tanya ibubapa kamu diman depa tanam uri kamu masa dulu....tapi jangan percaya benda ini semua ketentuan Allah...

    BalasPadam