Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. - Surah Lukman ayat 18.
Nasihat untuk diri dan kalian semua.Didalam jiwa kita terdapat sifat-sifat yang tercela, dimana sifat-sifat tersebut perlu kita kikis dan hapuskan jauh-jauh. Supaya tidak bertapak dihati. Sifat ini sangat tercela di sisi Agama dan di benci orang. Sifat ini membuat kita tidak mahu menerima pandangan dan pendapat orang lain, berlakulah permusuhan dan tidak bertegur sapa. Hilanglah rasa kasih sayang dan keakraban. Pemimpin mengabaikan yang dipimpinnya. Ustaz rasa dia saja yang betul, ibubapa tidak mahu mendengar pandangan anak. Anak tidak menghormati Ibubapa. Sejarah membuktikan ramai yang menentang Allah bukanlah kerana jahil atau bodoh tetapi kerana kesombongan. Iblis mengangap diri lebih mulia dari Adam. Tercampak dan keluarlah ia dari surga. Anak nabi Nuh kerana sombong tidak mahu naik keatas bahtera Nabi Nuh, tenggelamlah dalam banjir besar. Begitulah Firaun, Karun, Abu Jahal semua kerana Sombong dan merasa diri lebih dari orang lain. Jangan seperti Burung merak, bangga dengan bulu yang cantik terbangnya tidak. Marilah kita bersama menjauhi sifat tercela ini. Renungan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan