Khamis, 25 Februari 2010
Kekasih Ku
Kekasih ku jauh di mata, tetapi tetap di hati, ingatan kepada mu kuat sekali. Setiap hari aku menyebut-menyebut nama mu. Nama mu telah terpahat dihati ini. Sehinggakan aku sering memuji dan memuja mu, kekasih ku. Rindu sekali hendak menatap wajah mu. Aku yakin satu masa nanti aku akan dapat melihat wajah mu. Pastinya wajah mu seindah nama. Secantik yang digambarkan, sehingga tidak mampu untuk dilukiskan. Budi pekerti mu mulia sekali, pengorbanan mu besar sekali, kemuliaa mu tiada tandingannya.
Satu ketika dulu, aku ketempat mu. Walau pun perjalanan begitu jauh dan memenatkan sekali. Semuanya tidak terasa. Hanya kegembiran dan kerinduan yang bermain dihati. Isteri ku yang ikut sama juga bergembira. Sedikit pun ia tidak berkecil hati, tidak terlintas dihatinya untuk cemburu. Isteri ku tahu, Aku dengan kekasih ku tidak boleh di pisahkan walau pun badai datang melanda, walau pun pisau tajam di letakkan dileher. Walau di seksa atau di bunuh hati ini tidak akan berubah, kasih tidak akan putus. Sampai di tempat mu nyaman sekali, cukup selesa, tidak panas dan tidak juga terlalu sejuk. Terlihat sahaja bumbung hijau hati ini meronta-ronta hendak cepat berjumpa dengan mu. Ketika itu juga mutiara-mutiara jernih yang cair keluar dari kelopak mata, jatuh ke pipi, membasahi tempat lalunya. Air mata kegembiran untuk bertemu mu kekasih. Seasa menghampiri mu terasa diri ini kerdil sekali, hina sekali, kecil sungguh sumbangan diri ini kepada Islam, terasa malu untuk bertemu. Demi cinta dan kasih, yakinkan diri untuk disisi mu.
Sampai sahaja disisi makam mu Ya Rasulullah hanya ucapan Salam yang dapat ku lafaskan memuji mu, Muhammad s.a.w. Selamat sejahteralah keatas mu wahai junjungan yang mulia, Rasul yang agung pemurah lagi penyayang, moga-moga dirahmati dan diberkati Allah ke atasnya. Sesungguhnya selamat sejahteralah wahai Nabi Allah, selamat sejahtera wahai makhluk pilihan ALLAH . Salam sejahtera wahai Habibbullah, aku bersaksi bahawa tiada ada tuhan yang di sembah melainkan Allah yang maha Esa dan sesungguhnya engkau adalah hambanya lagi pesuruhnya, aku bersaksi, bahawa engkau telah menyampaikan risalah, menyemempurnakan tanggun jawab dan telah member nasihat kepada umat dan engkau telah berjihad kerana meninggikan agama Allah, maka selawat dan salam ke atas mu berkekalan sehingga hari kiamat. Ya Allah ya Tuhan ku, kurniakanlah kepada baginda kemulian dan pangkat darjat yang tinggi, serta anugerahkan kepadanya tempat yang tinggi yang telah engkau janjikan, sesungguhnya engkau tidak memungkiri janji sama sekali.
Rupanya Kekasih ku, juga kekasih mu, kekasih Isteriku, kekasih anak-anak, kekasih muslimin dan muslimat, kekasih umat Islam.
Muhammad bin Abdullah lahir 12 rabiulawal tahun gajah, ketika manusia hidup dalam kegelapandan hilang pegangan. Lahirnya membawa sinar di seluruh alam. Merobah peradapan dunia. Kelahiran yang di tunggu-tunggu. Kehidupannya dikorbankan untuk Islam dan hampir ajalnya masih mengingati Umatnya.
Marilah kita mengasihi Rasulullah melebihi dari segalanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan