Cantik sungguh Adrina, senyumnya manis dibantu dengan lesung pipit di pipi. Gigi putih tersusun rapat. Kulitnya halus dan putih. Orangnya pemalu tapi bila berbicara petah sekali. Mendengar suaranya sudah dapat membayangkan kecantikannya. Patutlah ramai sekali jejaka meminatinya. Malah ada juga para suami yang tergila-gilakannya. Potongan tubuh yang menarik bila berjalan lembut sekali. Langkahnya teratur. Membuat orang yang melihatnya terpesona malah aku juga turut tergoda. Kini Adrina telah berpunya. Itulah sedikit hayalan dari Novel-novel yang di baca. Tak tahu le pula sejak dua tiga minggu ni minat pulak baca Novel. Mungkin masa muda dulu takdan baca agaknya.
Dulu minat sunguh baca kes-kes jenayah. Buka suratkhabar itulah yang di cari dulu. Lama-lama rasa jemu dan meluat. Tak habis-habis bunuh, rogol. colek. dari bayi hingga ke warga emas. Hari hari anak bunuh bapa, bapa rogol anak, anak tikam emak, kekasih di simbah asid. Tak tahu le dunia ni. Macam-macam. Meluat kes Jenayah beralih pula kes politik. Minat la pulak. Lama-lama benci juga, bukan kerana apa kita sokong, kita beri dia orang naik dah dok kat atas Serupa juga macan pati yang jatuh. Berebut tak habis-habis, tikam kawan, lompat katak. Janji di hujung bibir manisnya di lidah. Lebih kurang macam cerita jenayah juga. Taka ada kehalusan langsungan. Berenti magrib dah tiba,
dalam khayalan tak mengapa tapi jangan sampai jadi kenyataan sudah la...
BalasPadam