Sabtu, 27 Mac 2010

Dari kiri cepat jalan...............

25 mac......o ya o.. o ya o.. 203 tahun usia polis. Tua dah tu, kalau usia manusia dah dua tiga kali mati. Polis tak mati cuma anggotanya yang ramai telah Meninggal dunia Al Fatiha buat mereka. Kalau nak ingat-ingat seronok juga tengok perkembangan dalam polis ni. dari basikal, dari seluar pendek, dari maki hamun dari kepala tak bertudung dah berubah. Tahniah pada PDRM.
Betul ke Pasal Orang Lain Ia Susah. Agak-agaknya berapa kali dah kita minta tolong kat Polis? atau  Berapa kali kita tolong Polis? agak-agak Berapa kali kita kena tengking dek Polis? atau Berapa kali kita tunjuk penumbok kat Polis? agak-agaknya berepa kali kita dah kena saman dek polis ? atau berepa kali kita Hulrok, kira atau Rasuah kat Polis? Pernah dak kita kena tangkap Polis? Kalau semua tak pernah, kitalah orang yang paling bertuah tak pernah buat salah dan tak hirau orang buat salah. Kita kena faham polis adalah sebahagian dari masyarakat. Dia orang buat baik kita puji, tapi kalau dia orang buat salah kita tegor kita bagi tahu Musa Hasan.  Mari kita sama membantu polis mengekalkan undang-undang dan ketenteraman, menjaga keamanan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa orang yang melakukan kesalahan dan mengumpulkan risikan keselamatan.

Isnin, 22 Mac 2010

kahwin

walimatul Urus AinurIzzati Hamsan and Mohd Fairuz Mohd Arifin

SEMINGGU SAHAJA

Cuti sekolah seminggu saja. 13 haribulan mac mulalah kenduri kawin.  Di Taiping Anak sahabat seperjuangan. Ainur Izzati bt. Hamsan berkahwin dengan pasangannya Mohd Fairuz. Tahniah semoga berbahagia. Di Sg. Petani anak jiran se taman, di Pinang  Tunggal Peneng anak sahabat hinggalah ke Pendang  dan Tikam Batu Kedah. Banyak sungguh. Kalau di ikut hati segan juga nak pergi, tetapi memandangkan kad jemputan dah sampai, dengan ucapan "Dengan penuh kesukuran kepada Allah SWT kami dengan segala hormatnya mempersilakan"....................dan di akhir ayat "Semogga dengan kehadiran para jemputan sekelian akan menyerikanlagi majlis kami ini serta diberkati Allah SWT". Bila di mulakan perkataan dengan menyebut nama Allah dan di akhiri nama Allah rasanya ralat sungguh jika tidak di tunaikan. Sebok macam mana pun di tunaikan jugalah hajat jemputan. Terima kasih atas undangan.
Adat melayu bertakhta di hati,
Sekapur sirih menambah  seri,
Kehadiran undangan memang dinanti,
Bersama merai raja sehari.
Biasalah....... dah menjadi adat kalau kerumah kenduri kawin, takkan nak bersalam kosong aja, sekurang-kurangnya adalah sampul nak tumpang kenduri. Tuan rumah tak mintak pun. Mana tau masa kita buat kenduri duit tu datang balik. Entah-entah lebih pulak dia balas. Kan cantik macam tu.
Certia pasal kenduri kahwin ni pernah tak kita tersilap rumah. Rumah lain yang jemput, rumah lain kita pergi. Tuan rumah tak ada masa kita sampai, yang sambut kita tu wakilnya, dah selesai makan dengan kembongnya baru tuan rumah sampai agaknya apa kita nak kata?. Minta halal saja le, nak kata apa lagi. Jadi eloklah sampai rumah kenduri, jumpa tuan kenduri dulu, jangan terus makan, salam kotkot dulu (salam keruk tapaktangan) baru beratur ambil makanan buffet. Makan tu ingat kat orang belakang sama, jangan membazir. Ambik sedikit dulu kurang baru tambah. Orang tamak selalu membazir. Selesai makan, masa nak balik tu jumpalah sekali lagi tuan rumah, tunjuk muka bagi dia ingat kita ada datang masa kenduri dia. Ucap terima kasih mana tau dia nak bagi lebih buah tanggan.
Ya Allah Ya Tuhan 
Satukanlah hati kedua mempelai
Jadikanlah mereka suami isteri yang berkasih sayang
dan sentiasa mengingati dan membesarkan Mu Ya Allah.
 

Jumaat, 19 Mac 2010

BOHONG

Bohong.
Berbohong ni dah macam sebati dengan manusia.
Sampai dia orang kata "tak bohong tak jadi".
Ada pulak kata "bohong sunat".
Ada kata aku bukan bohong, tipu aja.
Ada kata bohong tak apa jangan dusta.
Ada suka Bohong
 Siakap si nohong,
 Gelama ikan duri,
 Cakap bohong
 lama-lama mencuri.
Kalau kita nak jadi baik jangan berbohong.
Nabi pernah berpesan kepada sahabat yang tabiaat suka meminum arak.
supaya jangan bercakap bohong. Setiap kali berjumpa Rasullah akan bertanya adakah beliau  minum, sahabat akan mengaku ada. Tidak berbohong. Sehinggalah beberapa kali sehingga sahabat malu akan perbuatannya dan terus berhenti meminum arak (serba ringkas).
Pasal apa suka bohong?
Keturunan atau dah jadi darah daging? Takut kena marah atau bebelan? suka-suka? nak cari untung atau laba"
nak pekena orang atau ego?
Bagai mana kalau kita di bohongi? Marah? Kecewa? atau tak apa-apa?.
Jangan Cakap BOHONG, Allah tahu lambat laun orang pun tahu.

Sabtu, 6 Mac 2010

Sepak Terajang

Baru ni aku ada tulis kesah, kurang baca cerita politik dan Jenayah, beralih kepada Novel-novel yang bersepah kat rumah. Tup tup sorang lagi Ahli Perliman PKR keluar pati. Mohsin namanya, sebelum ni Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng dari MP Nibong Tebal. Dengar cerita ada ramai lagi. Apa saja alasan yang mereka bagi semuanya bohong belaka. Dia orang bohong pengundi PRU 2008. Itulah dia sepak terajang politik. Baru ni ada seorang Datuk dah mula jelajah kawasan SP melebarkan pengaruhnya mungkin nak tawan SP atau nak kukuhkan kedudukan dalam pati, dulu dia kalah lawan ketua pemuda. Mungkin kerana la ni ketua kurang masuk surat kabar, dia nak ganti la kot. Sepak terajang Politik. MP kata SP pun lama tak ada majlis. Macam tu le orang politik. Di Kelantan begitu juga masing-masing nak jadi hero minyak Tok Brahim vs Andak vs Pak Ku vs Tok Guru vs Husam. Sepak terajang politik. 
KESIHAN Syafiah Humairah disepak terajang seperti bola selain dicampak dan dipijak . Tidak cukup dengan itu, memijak perut dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut. Meninggallah Syafiah Humairah, di bunuh secara kejam, oleh manusia. Celaka punya manusia. Nak kata Babi punya manusia. Babi pun tak bunuh babi. Patutnya orang macam ni kita jathukan hukuman di tengah-tangah KL, bagi semua orang tengok. Sebelum ni pun dah banyak kanak-kanak yang didera dan di bunuh dengan kejam. Bila nak berhenti tak tahu le. 
Shafiah Fatnin anak ke 4 dalam keluarga. Anak yang baik, sejuk mata memandangnya, senang hati dengan tingkah lakunya. Hormat kepada Ibubapa dan orang tua. Seingat di fikiran tidak pernah lagi meletakkan tangan keatasnya. Marah-marah sayang tu ada le. Itu pun sudah membuat mendung di wajah yang manis. Kelopak mata bertakung dengan air hujan yang bila masa sahaja akan turun. Salah satu sifat ku semasa kecil, di warisinya. Ku bermohon semoga anak-anak ku ada mempunyai sifat-sifat Siti Khadijah. Apabila Nabi SAW melihat perempuan yang banyak persamaan dengan Siti Khadijah, Baginda amat gembira dan suka melihatnya. Kemudian baginda berkata “Muliakanlahperempuan itu kerana Khadijah tentu akan menyukainya” 
Sesungguhnya sebaik-baik wanita di dunia ini adalah empat orang 
Siti Khadijah Ra 
Asiyah binti Muzahim (isteri Firaun) 
Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa al-Masih) 
Fatimah binti Muhammad.
 Di mana kamu berempat ? Adakah hendak menjadi secantik Balqis atau setulus Zulaikha, atau sekuatnya Siti Hajar