Baru ni aku ada tulis kesah, kurang baca cerita politik dan Jenayah, beralih kepada Novel-novel yang bersepah kat rumah. Tup tup sorang lagi Ahli Perliman PKR keluar pati. Mohsin namanya, sebelum ni Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng dari MP Nibong Tebal. Dengar cerita ada ramai lagi. Apa saja alasan yang mereka bagi semuanya bohong belaka. Dia orang bohong pengundi PRU 2008. Itulah dia sepak terajang politik. Baru ni ada seorang Datuk dah mula jelajah kawasan SP melebarkan pengaruhnya mungkin nak tawan SP atau nak kukuhkan kedudukan dalam pati, dulu dia kalah lawan ketua pemuda. Mungkin kerana la ni ketua kurang masuk surat kabar, dia nak ganti la kot. Sepak terajang Politik. MP kata SP pun lama tak ada majlis. Macam tu le orang politik. Di Kelantan begitu juga masing-masing nak jadi hero minyak Tok Brahim vs Andak vs Pak Ku vs Tok Guru vs Husam. Sepak terajang politik.
KESIHAN Syafiah Humairah disepak terajang seperti bola selain dicampak dan dipijak . Tidak cukup dengan itu, memijak perut dengan kasut bola dan menyepak beberapa kali bahagian belakang budak tersebut. Meninggallah Syafiah Humairah, di bunuh secara kejam, oleh manusia. Celaka punya manusia. Nak kata Babi punya manusia. Babi pun tak bunuh babi. Patutnya orang macam ni kita jathukan hukuman di tengah-tangah KL, bagi semua orang tengok. Sebelum ni pun dah banyak kanak-kanak yang didera dan di bunuh dengan kejam. Bila nak berhenti tak tahu le.
Shafiah Fatnin anak ke 4 dalam keluarga. Anak yang baik, sejuk mata memandangnya, senang hati dengan tingkah lakunya. Hormat kepada Ibubapa dan orang tua. Seingat di fikiran tidak pernah lagi meletakkan tangan keatasnya. Marah-marah sayang tu ada le. Itu pun sudah membuat mendung di wajah yang manis. Kelopak mata bertakung dengan air hujan yang bila masa sahaja akan turun. Salah satu sifat ku semasa kecil, di warisinya.
Ku bermohon semoga anak-anak ku ada mempunyai sifat-sifat Siti Khadijah.
Apabila Nabi SAW melihat perempuan yang banyak persamaan dengan Siti Khadijah, Baginda amat gembira dan suka melihatnya. Kemudian baginda berkata “Muliakanlahperempuan itu kerana Khadijah tentu akan menyukainya”
Sesungguhnya sebaik-baik wanita di dunia ini adalah empat orang
Siti Khadijah Ra
Asiyah binti Muzahim (isteri Firaun)
Maryam binti Imran (Ibu Nabi Isa al-Masih)
Fatimah binti Muhammad.
Di mana kamu berempat ? Adakah hendak menjadi secantik Balqis atau setulus Zulaikha, atau sekuatnya Siti Hajar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan