Isnin, 22 Mac 2010

SEMINGGU SAHAJA

Cuti sekolah seminggu saja. 13 haribulan mac mulalah kenduri kawin.  Di Taiping Anak sahabat seperjuangan. Ainur Izzati bt. Hamsan berkahwin dengan pasangannya Mohd Fairuz. Tahniah semoga berbahagia. Di Sg. Petani anak jiran se taman, di Pinang  Tunggal Peneng anak sahabat hinggalah ke Pendang  dan Tikam Batu Kedah. Banyak sungguh. Kalau di ikut hati segan juga nak pergi, tetapi memandangkan kad jemputan dah sampai, dengan ucapan "Dengan penuh kesukuran kepada Allah SWT kami dengan segala hormatnya mempersilakan"....................dan di akhir ayat "Semogga dengan kehadiran para jemputan sekelian akan menyerikanlagi majlis kami ini serta diberkati Allah SWT". Bila di mulakan perkataan dengan menyebut nama Allah dan di akhiri nama Allah rasanya ralat sungguh jika tidak di tunaikan. Sebok macam mana pun di tunaikan jugalah hajat jemputan. Terima kasih atas undangan.
Adat melayu bertakhta di hati,
Sekapur sirih menambah  seri,
Kehadiran undangan memang dinanti,
Bersama merai raja sehari.
Biasalah....... dah menjadi adat kalau kerumah kenduri kawin, takkan nak bersalam kosong aja, sekurang-kurangnya adalah sampul nak tumpang kenduri. Tuan rumah tak mintak pun. Mana tau masa kita buat kenduri duit tu datang balik. Entah-entah lebih pulak dia balas. Kan cantik macam tu.
Certia pasal kenduri kahwin ni pernah tak kita tersilap rumah. Rumah lain yang jemput, rumah lain kita pergi. Tuan rumah tak ada masa kita sampai, yang sambut kita tu wakilnya, dah selesai makan dengan kembongnya baru tuan rumah sampai agaknya apa kita nak kata?. Minta halal saja le, nak kata apa lagi. Jadi eloklah sampai rumah kenduri, jumpa tuan kenduri dulu, jangan terus makan, salam kotkot dulu (salam keruk tapaktangan) baru beratur ambil makanan buffet. Makan tu ingat kat orang belakang sama, jangan membazir. Ambik sedikit dulu kurang baru tambah. Orang tamak selalu membazir. Selesai makan, masa nak balik tu jumpalah sekali lagi tuan rumah, tunjuk muka bagi dia ingat kita ada datang masa kenduri dia. Ucap terima kasih mana tau dia nak bagi lebih buah tanggan.
Ya Allah Ya Tuhan 
Satukanlah hati kedua mempelai
Jadikanlah mereka suami isteri yang berkasih sayang
dan sentiasa mengingati dan membesarkan Mu Ya Allah.
 

3 ulasan:

  1. agak agak bila la pulak nak kenduri anak sendiri tu...dah jenuh rasanya makan kendri di rumah orang ..mcmana kalau kita himpun sekali naik 5 hingga 6 pasang sekali kenduri....

    BalasPadam
  2. bila agaknya nak kenduri rumah sendiri..dah banyak sangat makan kenduri kahwin rumah orang...itu la salah kita mak bapak suruh anak belajar dulu baru kahwin...rupanya belajar tak habih2 sampai tua pun masih belajar dah lupa depa ataupun tak teringin nak kahwin...

    BalasPadam
  3. bila nak kenduri rumah sendiri plak..dah jenuh dok makan kenduri rumah orang nih...tu la suruh anak belajar dulu..baru kahwin, rupanya belajar sampai tua x abih2 lagi..xkahwin2 lah jawab dia...

    BalasPadam