Jumaat, 19 Mac 2010

BOHONG

Bohong.
Berbohong ni dah macam sebati dengan manusia.
Sampai dia orang kata "tak bohong tak jadi".
Ada pulak kata "bohong sunat".
Ada kata aku bukan bohong, tipu aja.
Ada kata bohong tak apa jangan dusta.
Ada suka Bohong
 Siakap si nohong,
 Gelama ikan duri,
 Cakap bohong
 lama-lama mencuri.
Kalau kita nak jadi baik jangan berbohong.
Nabi pernah berpesan kepada sahabat yang tabiaat suka meminum arak.
supaya jangan bercakap bohong. Setiap kali berjumpa Rasullah akan bertanya adakah beliau  minum, sahabat akan mengaku ada. Tidak berbohong. Sehinggalah beberapa kali sehingga sahabat malu akan perbuatannya dan terus berhenti meminum arak (serba ringkas).
Pasal apa suka bohong?
Keturunan atau dah jadi darah daging? Takut kena marah atau bebelan? suka-suka? nak cari untung atau laba"
nak pekena orang atau ego?
Bagai mana kalau kita di bohongi? Marah? Kecewa? atau tak apa-apa?.
Jangan Cakap BOHONG, Allah tahu lambat laun orang pun tahu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan