Jumaat, 1 Oktober 2010

MUKA SIAPA

Dah lama kita di pesan jaga hati. Doktor pesan jaga hati. Ustaz juga pesan jaga hati.
Orang ada kata Ikut hati Mati. Hati punya pasal kita lupa nak jaga Muka.
Muka ni letaknya di bahagian kepala, sebelah hadapan, daripada dagu hingga kedahi, dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri. Dimukalah terletaknya perkakas penting mulut, hidung dan mata. Nak kat seseorang tu cantik/lawa tengok pada mukanya, body kemudian. Disini bukan nak cerita pasal kecantikan muka atau macam mana nak menjaga kecantikan muka. Cuma nak peringat kaumkerabat dan sukusakat. Kalau kita pakai seluar terlondeh nampak punggung, yang malu punggung ke atau muka? Pastinya muka yang malu. Begitu juga kalau kita terkentut dikhalayak ramai, orang akan kata muka tak malu. Apa saja keburukan yang kita buaat keatas diri kita, yang dapat malu MUKA. Itu pasal orang kata Muka papan, muka tembok, muka tampal kulit babi. Ada juga orang tak malu bermuka-muka. Yang baiknya ada peselisihan bersemuka, jangan bermasam muka sampai kemati. Barulah nampak air muka jernih sahaja. Salah satu syarat sah wuduk membasuh muka. Suka Biado Ho berpesan jaga AIR MUKA IBUBAPA, AIR MUKA KELUARGA, AIR MUKA CIKGU, AIR MUKA RAKAN AIR MUKA SEMUA BENDA YANG ADA MUKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan