Selasa, 12 Julai 2011

TABIK SPERING


Mentari bersinar semula di Kuala Lumpur. Beberapa hari yang lalu 9 julai ia dimandikan dengan pancutan air dan semburan gas pemedih mata. Perdana Menteri Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak  pun mengucapkan tahniah kepada Polis kerana telah berjaya menyuraikan perhimpunan Bersih2.0 Namun begitu tabik spering 

sepatutnya diberikan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kerana perancangannya dapat mengawal himpunan Bersih2.0 dan Peteriot dari bertembung menjadi ganas dan huruhara Terima kasih juga kita ucapkan kepada.  Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasa, pimpinan dan peserta Bersih kerana menunaikan janji  himpunan Bersih2.0 aman bukan rusuhan.


  Semogapemimpin mendengar rintihan rakyat.  Rintihan rakyat sentiasa diluahkan setiap kali pilihanraya Rintihan ini memuncak dalam PRU 12 menyebabkan pemerintah kehilangan banyak kerusi dan negeri. Semoga Ia menjadi iktibar bagi PRU 13 nanti. Semoga Malaysia menjadi negara aman damai dan dirahmati Allah.


Ibrahim Ali  dimana sekarang? Ali Rostam apa khabar? Azmin Ali nak tayangkan vedio kekasaran polis. Sembang dikedai kopi katanya “Tak guna punya Po…. Orang nak barhimpun secara aman pun tak boleh……….” Nak habak kat hampa itulah dikatakan perjuangan ada halangan dan rintangan. Mesti ada susah payahnya. Kalau nak senang tak payah berjuang. Apayang perlu  kita ingatkan tentang  perbezaan pendapat.  Ia adalah fitrah bagi manusia. Pandai-pandailah kita mengatasinya. Kita juga nak bagi tahu  alam dan makhlok kejadian sementara. Begitu juga dengan Melayu dan Malaysia sampai masanya dengan kehendak Allah hilanglah dari muka bumi ini. Apa AL Quran kata:-“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (yaitu) kaum Nuh, 'Ad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan, dan (penduduk) negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata; maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (QS. At-Taubah, 70)

"Dan berapa banyakkah umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?" (QS. Qaaf, 36)


Sesungguhnya terdapat banyak contoh dalam kisah-kisah tentang masyarakat di waktu lampau bagi kita yang dikaruniakan ke pahaman. Kehancuran mereka adalah  disebabkan penentangan mereka terhadap Allah dan penolakan terhadap perintah perintah-Nya, Ini membuktikan kepada kita,  betapa lemah dan tidak berdayanya umat manusia di hadapan Allah. 

 

1 ulasan:

  1. depa kena baca balik sirah perjuangan Rasulullah utk menyebarkan dakwah Islam..betapa susahnya Rasulullah berjuang, betapa banyaknya pengorbanan harus dilakukan..semata- ata kerana Islam, tak dak kepentingan lain.. Wallahualam..

    BalasPadam