Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign
telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci,
maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang
Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya,
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan
kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana
kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima
kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap
Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal
saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya
kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
KHUTBAH TERAKHIR NABI
MUHAMMAD S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan