Tidor dengan Siam
Empat malam tidor sebilik dengan siam. Seronok, tetapi setelah keluar bilik dan berpisah menyesal la pulak. Mengapa lemah? tak mengeletar dan tak takut. Tapi malang, tah mengapa langsung tidak cerita kelebihan Islam padanya, mengapa tidak menyerunya kepada Islam, Mengapa tidak mengajarnya Lailaha illallah.
Beberapa hari yang lalu ada tugasan diKuala Lumpur. Tinggal lah sebilik
dengan seorang Siam, bukan perempuan , lelaki. Dia ni bolehlah dikatakan tahu tentang
peribadatan dan adab-adab orang Islam,
mungkin dah tinggal lama dengan masyarakat Melayu . Dalam perjalanan ke KL, Dia ni boleh bertanya” Zohor nanti nak
sembahyang kat mana” . Jawab “nanti
sampai KL saya jamak” sepatutnya cerita le sikit apa itu sembahyang
Jamak dan kemudahan yang Allah beri kepada mereka yang dalam perjalan jauh.
Satu ketika hendak keluar makan malam boleh
dia kata “Kita keluar selepas Maghrib”.
Jaga sungguh dia waktu sembahyang. Sayangnya dia bukan Islam. Banyak pengatahuannya tentang Melayu dan
Islam, sayang tiada orang mendampinginya.
Bila Kuliah Isra dan Mi’raj, teringatlah kesedihan Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi
wasallam atas kematian bapa saudara baginda Abu Talib yang disayanginya. Berjuang mempertahankan
Nabi, tetapi meninggal dunia tanpa Iman. Apakah Siam ini akan menimpa nasib yang sama.
Tahu tapi tak mahu, tahu tapi tak ada yang menyeru, tahu tapi malu atau tahu
tapi nanti dulu.
“Sesungguhnya engkau tidak dapat member hidayat
kepada orang yang engkau cintai”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan