Rabu, 17 Ogos 2011

Berebut nak masuk


Baca surat khabar, ternampak satu khabar dari Jasin. Ceritanya macam Pengurusnya berasa bangga atau seronak, kerana ramai yang nak masuk kesekolahnya dan pihaknya tidak dapat menerima kerana tiada tempat. Kata pengurusnya lagi sekolah yang ditubuhkan pada september tahun lalu 2010 hanya mampu menampung 30 pelajar dan bercadang hendak membesarkan lagi sehingga mampu menampung 60 orang pelajar dan memerlukan dana RM2 juta.

Kalau MRSM ke, sekolah sains ke, sekolah tahfiz ke atau sekolah ugama ramai yang nak masuk boleh le kita seronok dan berbangga. Ini sekolah khusus untuk remaja hamil, sekolah harapan Melaka. Katanya sekolah ni sejak diujudkan telah menerima 60 pelajar dan berjaya melahirkan 59 bayi. Subahanallah

Kadang-kadang semasa kita bersandar di kerusi malas dan layangkan fikiran dalam kes ni. Kita nak galakkan ke atau nak cegah, begitulah juga masaalah penagih dan lain-lain kemungkaran. 

Ya’Allah lindungilah keluarga kami dari keaiban ini.

                           Dalam kenangan anak-anak yang ditinggalkan Ibu

                                     Memerlukan bantuan insan lain

Teringat kuliah ustaz katanya salahsatu tujuan Ramadhan untuk menghadirkan Allah didalam hati kita. Sebab itu bila kita berpuasa, kita tidak makan curi-curi kerana kita tahu Allah melihat kita. Bagi orang yang ketika buat maksiat dihati mereka tiada Allah.

 “Tidak akan berzina seorang pelacur di waktu berzina jika ia sedang beriman, dan tidak akan minum khamr di waktu minum jika ia sedang beriman, dan tidak akan mencuri di waktu mencuri jika ia sedang beriman.” (HR. Bukhari dan Muslim.

 

Jumaat, 12 Ogos 2011

JANGAN TERLAMBAT


 

Tak lambat lagi raya le kita. Sebelum terlambat nak peringat, 

tiket bas dah beli ke belum?, nanti terlambat tak dapat balik beraya. 

Balik raya ni kemestian bagi orang kita.

Tak lambat lagi ramadhan pun meninggalkan kita, 

macammana dengan amalan diawal pertama ramadhan, 

ada peningkatan ke? kalau belum ada fasa kedua dan ketiga,

boleh pulun lagi. Jangan terlambat pulaK, mana tau tahun depan 

tak bertemu pula dengan ramadhan rugi le pulak.

Sebenarnya kita sering terlambat contohnya masa zaman belajar 

kita tak pulun betul-betul, dah besar baru menyesal, dah terlambat.

Rusuhan di London katanya polis lambat bertindak, menyebabakan 

merebak ke tempat lain di England. Kadang-kadang bagus juga polis 

Malaysia dapat mengawal rusuhan dengan membuat tangkapan awal.

Jangan macan Hosni Mubarak dah memerintah Mesir lebih 30 tahun, 

tapi lambat turun kesudahannya duduk dalam kandang besi. 

Ini satu pasal lambat bertemu jodoh, tak tau apalah sebabnya 

adakah usaha belum sempurna  atau benar benar belum sedia

atau tak ada yang berkenan atau memilih sangat atau nak kawin 

jodoh tak sampai atau doa tak makbul.

Tapi kita kena ingat jangan terlambat seperti Al Quran sebut.

“Dan (alangkah ngerinya) jika kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka merayu) “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan kebajikan, sesungguhnya kami sekarang telah yakin”  Al Sajdah ayat 12.

Kalau macam ni tak guna lagi dah terlambat

Apa surah Yasiin kata

52 (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata “Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari (kubur) tempat tidur kami? (lalu dikatakan kepada mereka) Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Amat Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.

53 Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka dihimpunkan ke tempat berbicaraan kami. Semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan),

Kalau masa ni baru nak menyesal dah terlambat

Semoga Ramadhan Al Mubarak ini dapat kita meningkatkan amal soleh.