JANGAN TERLAMBAT
Tak lambat
lagi raya le kita. Sebelum terlambat nak peringat,
tiket bas dah beli ke
belum?, nanti terlambat tak dapat balik beraya.
Balik raya ni kemestian
bagi orang kita.
Tak lambat
lagi ramadhan pun meninggalkan kita,
macammana dengan amalan diawal pertama
ramadhan,
ada peningkatan ke? kalau belum ada fasa kedua dan ketiga,
boleh
pulun lagi. Jangan terlambat pulaK, mana tau tahun depan
tak bertemu pula dengan
ramadhan rugi le pulak.
Sebenarnya
kita sering terlambat contohnya masa zaman belajar
kita tak pulun betul-betul,
dah besar baru menyesal, dah terlambat.
Rusuhan di
London katanya polis lambat bertindak, menyebabakan
merebak ke tempat lain di
England. Kadang-kadang bagus juga polis
Malaysia dapat mengawal rusuhan dengan
membuat tangkapan awal.
Jangan macan Hosni Mubarak dah memerintah Mesir lebih 30
tahun,
tapi lambat turun kesudahannya duduk dalam kandang besi.
Ini satu pasal
lambat bertemu jodoh, tak tau apalah sebabnya
adakah usaha belum sempurna atau benar benar belum sedia
atau tak ada
yang berkenan atau memilih sangat atau nak kawin
jodoh tak sampai atau doa tak
makbul.
Tapi kita kena
ingat jangan terlambat seperti Al Quran sebut.
“Dan
(alangkah ngerinya) jika kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan
kepalanya dihadapan Tuhannya, (mereka merayu) “Ya Tuhan kami, kami telah
melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan
mengerjakan kebajikan, sesungguhnya kami sekarang telah yakin” Al Sajdah ayat 12.
Kalau
macam ni tak guna lagi dah terlambat
Apa surah
Yasiin kata
52 (Pada
ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata “Aduhai
celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari (kubur) tempat tidur
kami? (lalu dikatakan kepada mereka) Inilah dia yang telah dijanjikan oleh
Allah Yang Amat Pemurah, dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.
53
Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta merta mereka
dihimpunkan ke tempat berbicaraan kami. Semuanya dibawa hadir (untuk menerima
balasan),
Kalau masa
ni baru nak menyesal dah terlambat
Semoga Ramadhan Al Mubarak ini dapat kita meningkatkan amal soleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan