Berebut nak masuk
Baca surat
khabar, ternampak satu khabar dari Jasin. Ceritanya macam Pengurusnya berasa
bangga atau seronak, kerana ramai yang nak masuk kesekolahnya dan pihaknya
tidak dapat menerima kerana tiada tempat. Kata pengurusnya lagi sekolah yang
ditubuhkan pada september tahun lalu 2010 hanya mampu menampung 30 pelajar dan
bercadang hendak membesarkan lagi sehingga mampu menampung 60 orang pelajar dan
memerlukan dana RM2 juta.
Kalau MRSM
ke, sekolah sains ke, sekolah tahfiz ke atau sekolah ugama ramai yang nak
masuk boleh le kita seronok dan berbangga. Ini sekolah khusus untuk remaja
hamil, sekolah harapan Melaka. Katanya sekolah ni sejak diujudkan telah
menerima 60 pelajar dan berjaya melahirkan 59 bayi. Subahanallah.
Kadang-kadang semasa kita bersandar di kerusi malas dan layangkan fikiran dalam kes ni. Kita nak galakkan ke atau nak cegah, begitulah juga masaalah penagih dan lain-lain kemungkaran.
Ya’Allah
lindungilah keluarga kami dari keaiban ini.
Dalam kenangan anak-anak yang ditinggalkan Ibu
Memerlukan bantuan insan lain
Teringat
kuliah ustaz katanya salahsatu tujuan Ramadhan untuk menghadirkan Allah didalam
hati kita. Sebab itu bila kita berpuasa, kita tidak makan curi-curi kerana kita
tahu Allah melihat kita. Bagi orang yang ketika buat maksiat dihati mereka
tiada Allah.
“Tidak
akan berzina seorang pelacur di waktu berzina jika ia sedang beriman, dan tidak
akan minum khamr di waktu minum jika ia sedang beriman, dan tidak akan mencuri
di waktu mencuri jika ia sedang beriman.” (HR. Bukhari dan Muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan