Jumaat, 6 Januari 2012

Nak P, Tak P


 Mengadulah Safwan kepada polis, kerana dia dikasari polis hingga berdarah mulut. Walaupun polis yang pukul,  dia cari juga polis nak selesai masaalah. Baguslah macam tu masih percaya kat polis dan undang-undang. Tak semena-mena dia jadi terkenal. Kerana ada batuapi. Sebelum ni pun  Adam Adli jadi terkenal kerana dinyalakan batuapi. Nak bagi tahu pada mahasiswa kat  luar sana kalau nak popular buat macam tu. Batuapi jangan bimbang.  Yang sedihnya apa yang mereka nak sangat ni? Betul ke nak memperjuangkan Auku atau saja syok-syok aja. atau terikut-ikut. Kalau nak berpolitik pun tunggulah habis belajar. Sabar-sabarlah. Kat U tu bukan lama sangat lebih kurang 5 tahun aja.  Nak peringat dan nasihat pada Pelajar semua, supaya lebih berhemah dalam mengemukakan sesatu isu atau pendapat. Jangan terlalu emosi yang boleh merugikan diri dan mencetuskan ketegangan. 
 Tak beberapa hari lagi 901 pulak. Eloklah dengar pesanan pak Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar dan guru yang menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 pada Isnin ini.  Kalau kita tengok Kesalahan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebaat jika sabit kesalahan. Ramalan orang undang-undang dalam kes ini 12 tahun, mari kita tengok berapa dia kena. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Hakim. Takpayahlah nak  demo-demo pembebasan. Himpunan 901 telah dibenarkan polis diperkarangan Mahkama dalam perjumpaan  Azmin Ali  dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari. Kebiasaannyalah kalau dibenarkan, sambutan kurang mengalakkan. Kalau haram itu yang menyeronokkan.  Apa-apa pun selamat berhimpun, redo dengan keputusan dan memelihara Kedaulatan Undang-undang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan