Khamis, 26 Januari 2012

Mau Makan Susah


Sejak kebelakangan ni nak makan pun masaalah, bukan kerana tak berduit  atau dinegara bukan Islam. Duit InsyAllah. Allah murahkan rezeki dan inilah yang sentiasa didoakan. Negara Islam, mejoriti melayu Islam tapi baru-baru ni dia orang terjumpa pulak tepung gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin B daripada Babi. Betul ke begitu?  Rasanya dah belori lori  tepung gandum dalam perut ni. Makanan diTanah Air ku mewah, nak cari yang halal masaalah.
Kedua masaalah nak makan gigi-gigi yang dah tua, nak mengunyah pun sakit, yang keras dah mula nak diharamkan.  Kunyah kena hati-hati, kalau tidak  gigi akan tending gusi, adoihhhhhhhhh sakitnya. Dalam dok termenong mengenang nasib nak jadi orang  tua. Terlintas di fikiran rasa-rasanya usus perut ni ada berkait rapat dengan gigi. Kalau dah tua usus perut pun lemah, nak menghadamkan makanan pun lambat, itu pasai kawan dia gigi mula lemah dan tanggal, supaya tuan punya diri jangan makan gelojoh, makanan yang lembut dan mudah hancur,
Masaalah nak makan yang ketiga, makan kena memilih tak boleh lebih rasa, Lebih garam darah tinggi, lebih lemak kelestrol mari, Lebih makan pening mari. Makan kena hati-hati, bukan takut mati, cuma nak jaga hati.
Sempena hari kelahiran Ariff Husaini yang ke 11 Tem bowling Sg. Petani telah mengadakan pertandingan bowling di Park Avanue Sungai Petani,Kedah. Seramai 50 (buang kosong) orang peserta mengambil bahagian terdiri dari team Negeri Sembilan, Baling Kedah,  Kepala Batas Pulau Pinang, dan Sg. Petani. team dari Shah Alam Selangor dan UMT Terangganu tidak dapat menghantar wakil.  Pertandingan berjalan dengan suasana meriah dan jayanya. Tahniah pasukkan yang menang. Yang kalah jangan merusuh. MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN.. 
 Team Sg. Petani
 Team Baling
perkenalan team Peneng dan Kedah di gelanggan

 Team N9 yang tidak berapa dikenali kamera
 Tea N9 kata mengabihkan boreh ajo
Sego ma nonon

Ahad, 22 Januari 2012

Selamat Hari Lahir Ariff Husaini 22.01.2001
Semoga Menjadi anak yang Soleh
Kasih pada Ibu, 
Sayang padaAbah 
Hormat pada kakak. 

Ingat pada Allah, Cinta pada Rasulullah
Jadilah pejuang Islam, pembela negara

selamat hari lahir ke 11

Selasa, 17 Januari 2012

Bahagia


Saat yang bahagia datang  bila bertemu dengan pilihan hati. Untuk dijadikan teman hidup semati. Satu kampong bagai nak rak. Kompang dipalu tanda  gembira. Kenduri siang dan malam.  Tangan berjabat salam.  Kocek diselok, poket pun rabak.
Waktu kendara menantu pun turun padang , mencuci periok belanga, sendok dan gelas. Bagi membalas jasa pada mertua. Mertua kelu tidak berkata terbayang malam nanti, duduk sendiri mengira rezeki. Saat bahgia datang lagi perkahwinan mendatangkan hasil. Zuriat keturunan telah bertambah. Penyambung keturunan tok nek  dilahirkan. Bertanbah umat Muhammad. Bumi tak terasa beratnya, berapa sangatlah berat umat, dibandingkan dengan dosanya. Marahnya bumi bukan ramainya umat, tapi jahatnya  umat.  Bukit  ditarah, sungai  dicemar. Laut dikambus. Duduk baik-baik jangan bergaduh. Jangan datangkan kemurkaan Maha pencipta. 
Berbahagialah mereka  zuriat yang  dapat mentaati Allah dan Rasulnya.  Zuriat yang berbakti kepada kedua Ibubapanya. Zuriat yang memimpin tangan Ibunya, Zuriat yang membuka pintu Mercedes kepada bapanya. Mempertahankan Ugama, menjaga akal. Memastikan zuriatnya hidup bersambung.
Amatlah bergembira dan bahagianya anak yang dibesarkan berdiri sama tinggi, duduk ia lebih tinggi. Anak pun berbahagialah dengan putaran roda kehidupan mereka.  
 

Isnin, 9 Januari 2012

Anuar


 
Diluar sana ketika ini jam 1200t.hari  suasana tenang, cuaca mendung tetapi tidak menandakan hujan hendak turun. Mungkinkah terpengaruh dengan keputusan yang diterima oleh Saiful. Blog ni juga terpanggil untuk mengatakan kes Anuar. Kalau tidak nanti orang kata ketinggalan pulak. Anuar Tak bersalah tajun Malaysia kini, berita panas. Rasanya ramai yang bergembira dengan keputusan ini. Kakak ku yang berada dimahkamah pun menghantar mesej berita hangat Anuar bebas. Aap-apa pun disyor kepada Pak Syekh Anuar supaya perbanyakan sujud syukur. pada dia punya Loyer diucapkan tahniah,  Yang penting sekarang ini kita kena yakinl  Mahkamah di Malaysia Masih bebas. Perkara ini sering orang lupa. Jangan bila keputusan tidak memihak, kita canang mahkamah baca skrip.
  
Hassan Ali pula kata pasal Anuar dia dipecat. Aku pun kata betul. Dari presiden sampai ke bawah sokong Anuar, suruh P 901, yang Datuk halang pulak. Pasal Hassan Ali ni, dari  Foram Perdana dulu lagi aku tak berapa minat. Tetapi sejak kes serbuan ke atas   gereja  di Petaling Jaya  dulu aku dok kata boleh tahan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor ni dia sanggup dipecat demi mempertahankan Islam. Apakah Datuk Dr Hasan telah terkena perangkap?Walau bagai mana pun ambil iktibar dari cerita panglima perang  Islam Saidina Khalid al Walid r.a  merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a. Namun apa yang memeranjatkan.  Saidina Umar al Khattab r.a,  bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.
Nak tanya boleh buat tak macam tu?