Sejak kebelakangan ni nak makan pun masaalah, bukan kerana
tak berduit atau dinegara bukan Islam.
Duit InsyAllah. Allah murahkan rezeki dan inilah yang sentiasa didoakan. Negara
Islam, mejoriti melayu Islam tapi baru-baru ni dia orang terjumpa pulak tepung
gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin
B daripada Babi. Betul ke begitu? Rasanya
dah belori lori tepung gandum dalam
perut ni. Makanan diTanah Air ku mewah, nak cari yang halal masaalah.
Kedua masaalah nak makan gigi-gigi
yang dah tua, nak mengunyah pun sakit, yang keras dah mula nak diharamkan. Kunyah kena hati-hati, kalau tidak gigi akan tending gusi, adoihhhhhhhhh
sakitnya. Dalam dok termenong mengenang nasib nak jadi orang tua. Terlintas di fikiran rasa-rasanya usus
perut ni ada berkait rapat dengan gigi. Kalau dah tua usus perut pun lemah, nak
menghadamkan makanan pun lambat, itu pasai kawan dia gigi mula lemah dan
tanggal, supaya tuan punya diri jangan makan gelojoh, makanan yang lembut dan
mudah hancur,
Masaalah nak makan yang ketiga,
makan kena memilih tak boleh lebih rasa, Lebih garam darah tinggi, lebih lemak
kelestrol mari, Lebih makan pening mari. Makan kena hati-hati, bukan takut mati, cuma nak jaga hati.
Sempena hari kelahiran Ariff Husaini
yang ke 11 Tem bowling Sg. Petani telah mengadakan pertandingan bowling di Park Avanue Sungai Petani,Kedah. Seramai
50 (buang kosong) orang peserta mengambil bahagian terdiri dari team Negeri
Sembilan, Baling Kedah, Kepala Batas
Pulau Pinang, dan Sg. Petani. team dari Shah Alam Selangor dan UMT Terangganu
tidak dapat menghantar wakil.
Pertandingan berjalan dengan suasana meriah dan jayanya. Tahniah
pasukkan yang menang. Yang kalah jangan merusuh. MAJULAH SUKAN UNTUK KESIHATAN..
Team Sg. Petani
Team Baling
perkenalan team Peneng dan Kedah di gelanggan
Team N9 yang tidak berapa dikenali kamera
Tea N9 kata mengabihkan boreh ajo
Sego ma nonon
tunggu org s.alam balik.. main pulak..
BalasPadam