Isnin, 9 Januari 2012

Anuar


 
Diluar sana ketika ini jam 1200t.hari  suasana tenang, cuaca mendung tetapi tidak menandakan hujan hendak turun. Mungkinkah terpengaruh dengan keputusan yang diterima oleh Saiful. Blog ni juga terpanggil untuk mengatakan kes Anuar. Kalau tidak nanti orang kata ketinggalan pulak. Anuar Tak bersalah tajun Malaysia kini, berita panas. Rasanya ramai yang bergembira dengan keputusan ini. Kakak ku yang berada dimahkamah pun menghantar mesej berita hangat Anuar bebas. Aap-apa pun disyor kepada Pak Syekh Anuar supaya perbanyakan sujud syukur. pada dia punya Loyer diucapkan tahniah,  Yang penting sekarang ini kita kena yakinl  Mahkamah di Malaysia Masih bebas. Perkara ini sering orang lupa. Jangan bila keputusan tidak memihak, kita canang mahkamah baca skrip.
  
Hassan Ali pula kata pasal Anuar dia dipecat. Aku pun kata betul. Dari presiden sampai ke bawah sokong Anuar, suruh P 901, yang Datuk halang pulak. Pasal Hassan Ali ni, dari  Foram Perdana dulu lagi aku tak berapa minat. Tetapi sejak kes serbuan ke atas   gereja  di Petaling Jaya  dulu aku dok kata boleh tahan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor ni dia sanggup dipecat demi mempertahankan Islam. Apakah Datuk Dr Hasan telah terkena perangkap?Walau bagai mana pun ambil iktibar dari cerita panglima perang  Islam Saidina Khalid al Walid r.a  merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a. Namun apa yang memeranjatkan.  Saidina Umar al Khattab r.a,  bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.
Nak tanya boleh buat tak macam tu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan