Rabu, 25 Mac 2015

PDRM 2015 KE 208

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada Warga Polis Diraja Malaysia yang dikasihi  Alhamdulillah, segala puji syukur ke hadrat Allah SWT, kerana  dengan limpah izinNya kita semua masih diberi kesempatan untuk  menyambut “SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS KE-208”.

 “Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan  kepada semua warga polis di atas  pengorbanan dan sumbangan khidmat bakti hingga membolehkan  negara  mengecapi      keamanan,     keselamatan   dan    kesejahteraan pada hari ini.  Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi   buat selama-lamanya,  di doakan  semoga jasa bakti dan amalan kalian diterima Allah SWT  dan disedekahkan AL-FATIHAH……..


Bagi warga PDRM bersamalah kita sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika perkhidmatan. Sebagai  pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada   keselamatan dan kesejahteraan negara,  Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang,  sikap kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah   setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi ibu pertiwi.”  (petikan perutusan IGP)


Aapabila keamanan dan kedaulatan negara diganggu gugat, maka setiap inci tanah air ini perlulah dipertahankan mengikut undang-undang negara. Ancaman  keselamatan seperti ancaman komunis, peristiwa 13 Mei dan pencerobohan di  Lahad Datu sebenarnya telah memberi satu pengajaran yang amat besar kepada kita semua khususnya kepada umat Islam bahawa kedaulatan dan keamanan negara merupakan satu perkara yang perlu dipertahankan kerana  ianya membabitkan maruah tanah air dan merupakan nikmat yang paling besar  dari Allah SWT.  Allah SWT menjadikan nikmat ini sebagai medium untuk kita berfikir dan  mengambil iktibar agar dengannya dapat meningkatkan keimanan kita kepada  Allah SWT. Keamanan bererti kita bebas dari segala bentuk ancaman yang  menggugat keharmonian. Alhamdulillah, kita amat bersyukur bahawa suasana  harmoni ketika ini dapat dikawal dengan sebaiknya walaupun ada sedikit api-api perpecahan yang dilakukan oleh tangan-tangan yang gatal. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian terbina dan yang paling utama  agama Islam pasti akan terus dilindungi. Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Bangun dan sedarlah seluruh rakyat Malaysia. Percayalah, kedaulatan agama Islam pasti tercalar jika keamanan negara kita tergugat dan mustahil  untuk menegakkan syariat dan syiar Islam jika negara kacau bilau dan huru hara.   Ingatlah, betapa pentingnya keamanan dalam kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim AS pernah berdoa kepada Allah SWT agar bumi Mekah dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Peristiwa ini telah berlaku  ketika pembukaan kota Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci dan telah dinyatakan melalui firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126 : Bermaksud : "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata:  "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi  sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.".

Lihatlah, sejarah ketamadunan manusia menunjukkan kepada kita bahawa  nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan negara. Namun terfikirkah kita, bagaimanakah keamanan ini terus terpelihara sehingga dapat kita kecapi sehingga ke hari ini? Harus diingat, suasana aman yang dinikmati ketika ini sebahagian besar datangnya dari penat jerih usaha  perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan khususnya Polis Diraja Malaysia. Mereka berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan dengan  penuh komited dan bertanggungjawab. Kita sedia maklum, sejak tahun 1807 hingga sekarang kita mempunyai pasukan polis yang berkemampuan menjaga keselamatan bangsa, agama dan negara daripada segala ancaman musuh yang boleh menggugat kedaulatan negara.  Justeru, melalui tema sempena sambutan Peringatan Hari Polis yang ke-208 pada tahun ini iaitu "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada", adalah diharapkan ia akan dapat menarik minat masyarakat dalam sama-sama membantu dan menjaga keamanan serta keselamatan negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah, ayat 2: Bermaksud: " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." Begitu juga dengan saranan Rasulullah SAW melalui hadith yang diriwayat Imam al-Tabrani Rahimahullah daripada Huzaifah bin al-Yaman RA : Bermaksud : "Sesiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka. Sesiapa yang ada pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam)(Riwayat at- Tabarani)".

Trend dan bentuk jenayah mutakhir ini bukan sekadar kejadian jenayah yang kita fahami atau alami pada tahun-tahun 60-an atau 70-an, malah diawal 80-an, tetapi kemajuan teknologi dan ICT dunia yang begitu pantas turut membabitkan kehebatan dan kelicikan perlakuan jenayah yang kini merentas sempadan.   Tanpa kekuatan dan kehebatan pasukan Polis di Raja Malaysia baik dari segi fizikal dan spiritualnya, ilmu dan latihan, prasarana dan logistiknya malah peruntukan undang-undang  dan kuasa-kuasa yang dimilikinya, mana mungkin hasrat mewujudkan keamanan  tercapai.

Jumaat, 13 Mac 2015

GURAU SENDA PADAH SENDA GURAU

Pokok ini tidak mengeluarkan buah pelam gurau 
Tidak ada ertinya hidup jika tidak disukai oleh orang. Apakah erti hidup jika disisihkan dan dipulaukan orang. Jesteru ramai yang mengeratkan hubungan silaturahim dengan gurau senda. Senda gurau boleh menghiburkan jiwa, adakala boleh juga membawa bencana. Naluri manusia memerlukan gelak ketawa, kita senang dan suka kepada orang pandai bergurau, hati akan terhibur malah jiwa akan tenteram. Tetapi gurau senda perlu ada batasnya. Adakala orang bergurau dengan percakapan dan kata kata, ada juga melalui perbuatan dan tingkah laku. Dizaman alam maya LANI ada yang bergurau melalui laman social. Apa apa pun Membuat orang bersenang hati dan terhibur termasuk dalam amal kebajikan.  Apa yang difahami dan diketahui Baginda Rasulullah SAW pernah berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.
Dari Abi Hurairah, Rasulillah SAW bersabda: Jangalah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati”  (HR Al Imam At-Tirmidzi)
                                 
Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian, kegembiran, belaian jiwa keharmonian dan penuh kemesraan, jika dibuat dengan betu.

Suasana yang tegang boleh menjadi kendur, hubungan yang serius boleh menjadi mesra, fikiran yang kusut dapat diuraikan, masalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat dirapatkan. Pendek kata, gurauan boleh menimbulkan kebaikan secara tidak formal dan bersahaja.
 
Perlu diingat, gurau senda itu ada batas-batasnya. Ambil lah kira waktu dan tempat bergurau senda. Sebaik baiknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada tempatnya. Jangan bergurau ditempat dan masa orang yang sedang sakit, ketika kematian atau dengan orang yang sedang dilanda musibah. Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.
                                
Bergurau bertukar menjadi ejekan
Jangan  menggunakan perkataan buruk seperti mencarut dan lucah, kesat dan kasar. Ini menjadi kebiasaan orang kita, seolah olah telah menjadi budaya. Malah untuk menyeronokkan ada menabah fakta palsu. Janji orang ketawa.Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:-“Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah baginya, maka celakalah baginya.” (HR Abu Daud)
Sunnah Rasulullah  tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti makan menjilat jari, jangut Rasulullah SAW nikah dan cerai. Perbuatan yang memesongkan akidah, berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak. Hukum Hudud 
Mengajar perlu ada sedikit guraunya

 Jaga perasaan, Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan orang lain, mengumpat, merendah-rendahkan individu tertentu, menyebut kekurangan, kecacatan dan seumpamanya. Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain. 
                                         
     Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa padah
“Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-merendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)
                               
Tidak boleh bergurau senda dengan semua orang. Orang yang lebih tua dan orang alim perlu dihormati dan disegani. Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
                                 
Oleh sebab itu, berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batasBersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik. Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.
Wallahua'lam.

Khamis, 12 Mac 2015

BERTUNANG

Bermula dengan kehadiran adik berdik terdekat, yang agak lama juga tidak bersua. Kebiasaanlah jika berkumpu makanan perlu dihidangkan sikit sama dicicah bannyak sama dilapah. Menu utama kita pada malam ini satey 900 cucuk cukup banyak  sehingga tidak dapat dihabiskan. Apa apa pun nasi dan kuihmuih tidak ketinggalan masing masing membawa untuk di makan bersama. Alhamdulillah. Sambil makan berbual bual yang rindu meluah rindu, yang marah dimaaf dimaafkan.
 Sebagai mana yang disepakati 20.2.2015 tercatitlah peristiwa yang mengembirakan buat Shahirah, ibubapanya dan keluraga. Majlisnya kecilan sahaja, tetapi digembirakan dengan kehadiran kaum keluarga.
Kadang kadang adikberadik suka berbelanja kepada kita, bukan kerana mereka berharta tetapi mereka meletakkan persaudaraan melebihi daripada wang.


Kadang kadang adik beradik rajin berkerja untuk majlis kita, bukan kerana mereka tunjuk pandai, tetapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab. kadang kadang adikberadik sukerela membantu kita bukan kerana mereka berhutang apa apa, tetapi sebab mereka lihat kita sebagai diri mereka.

kadang kadang adikberadik yang memohon maaf dulu selepas tersalah, tetapi bukan kerana mereka tersalah besar tetapi sebab mereka menghargai persaudaraan.
Kadang kadang adikberadik bersusah payah datang kemajlis kita, bukan kerana mereka tak ada benda yang nak dibuat, tetapi sebab mereka ingat kepada kita.
Satu hari nanti ini hanyalah menjadi kenangan. Anak cucu akan terjumpa gambar gambr ini dan betanya. Siapakah mereka mereka ini. Kita akan tersenyum dengan aaaaair mata tidak kelihatan, kerana hati terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata "Dengan mereka inilah saya berada dihari yang paling indah didalam hidup"........

Satu hari, anak bertanya kepada bapa.
Anak: Bagaiman caranya agar kita mendapat sesuatu yang paling            sempurna didalam hidup?
Bapa: Berjalanlah lurus ditaman bunga, lalu petiklah bunga yang             paling indah menurut mu jangan kembali kebelakang.
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, anak kembali dengan tangan kosong.
Bapa: Mengapa kamu tidak mendapat bunga satu pun?.
Anak: Sebenarnya tadi aku telah menemukannya, tetapi aku tidak            memetiknya kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti            ada yang lebih cantik dan indah. Namu ketika aku sudah                sampai di hujung taman, baru aku sedar bahawa yang aku              lihat tadi adalah yang tercantik dan indah dan aku pun
          tidak mungkin berpatah balik kebelakang.
Bapa: Itulah kehidupan semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tak pernah ada. Yang ada hanya keiklasan hati kita untuk menerima KEKURANGAN.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI KURNIAKANLAH RAHMAT KEATAS PERTUNANGAN INI DAN KEKALKAN SEHINGGA KEALAM RUMAHTANGGA...... AAMIIN.
Jangan mencari kesempurnaan, tetapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita.