Pokok ini tidak mengeluarkan buah pelam gurau
Tidak ada ertinya hidup jika tidak disukai oleh orang. Apakah erti
hidup jika disisihkan dan dipulaukan orang. Jesteru ramai yang mengeratkan
hubungan silaturahim dengan gurau senda. Senda gurau boleh menghiburkan jiwa,
adakala boleh juga membawa bencana. Naluri manusia memerlukan gelak ketawa,
kita senang dan suka kepada orang pandai bergurau, hati akan terhibur malah
jiwa akan tenteram. Tetapi gurau senda perlu ada batasnya. Adakala orang bergurau
dengan percakapan dan kata kata, ada juga melalui perbuatan dan tingkah laku.
Dizaman alam maya LANI ada yang bergurau melalui laman social. Apa apa pun
Membuat orang bersenang hati dan terhibur termasuk dalam amal kebajikan. Apa yang difahami dan
diketahui Baginda Rasulullah SAW pernah
berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.
“Dari Abi Hurairah,
Rasulillah SAW bersabda: Jangalah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak
ketawa itu mematikan hati” (HR Al Imam
At-Tirmidzi)
Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian, kegembiran, belaian jiwa keharmonian dan penuh kemesraan, jika dibuat dengan betu.
Suasana yang tegang
boleh menjadi kendur,
hubungan yang serius boleh menjadi mesra, fikiran yang kusut dapat diuraikan,
masalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat
dirapatkan. Pendek kata, gurauan
boleh menimbulkan kebaikan secara tidak
formal dan bersahaja.
Perlu diingat, gurau senda itu ada batas-batasnya. Ambil lah kira
waktu dan tempat bergurau senda. Sebaik baiknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada
tempatnya. Jangan bergurau
ditempat dan masa orang yang sedang sakit, ketika kematian atau dengan orang
yang sedang dilanda musibah. Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.
Bergurau bertukar menjadi ejekan
Jangan menggunakan perkataan buruk seperti mencarut dan lucah, kesat dan kasar.
Ini menjadi kebiasaan orang kita, seolah olah telah menjadi budaya. Malah untuk menyeronokkan ada menabah fakta palsu. Janji orang ketawa.Rasulullah
SAW pernah bersabda yang bermaksud:-“Celakalah
orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah
baginya, maka celakalah baginya.” (HR Abu Daud)
Sunnah
Rasulullah tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti makan
menjilat jari, jangut Rasulullah SAW nikah dan cerai. Perbuatan yang memesongkan akidah, berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak. Hukum Hudud
Mengajar perlu ada sedikit guraunya
Jaga perasaan, Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga
perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan
orang lain, mengumpat, merendah-rendahkan individu tertentu, menyebut
kekurangan, kecacatan dan seumpamanya. Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain.
Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa padah
“Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh
itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada
perempuan mencemuh dan merendah-merendahkan perempuan lain kerana harus puak
yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil
antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan
ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak
bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujuraat, ayat 11)
Tidak boleh bergurau senda dengan
semua orang. Orang yang
lebih tua dan orang alim perlu dihormati dan disegani.
Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan
pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
Oleh sebab itu, berwaspadalah kita
dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui
batas. Bersederhana dalam
setiap hal itu adalah lebih baik. Orang
yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal
orang lain.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan