Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Kepada
Warga Polis Diraja Malaysia yang dikasihi
Alhamdulillah, segala puji syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah izinNya kita semua masih diberi
kesempatan untuk menyambut “SAMBUTAN PERINGATAN HARI
POLIS KE-208”.
“Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua warga polis di atas pengorbanan dan sumbangan khidmat bakti
hingga membolehkan negara mengecapi
keamanan, keselamatan dan kesejahteraan pada hari ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah pergi buat
selama-lamanya, di doakan semoga jasa bakti dan amalan kalian diterima
Allah SWT dan disedekahkan
AL-FATIHAH……..
Bagi
warga PDRM bersamalah kita sekalian terus melaksanakan amanah yang diberi penuh
dedikasi, bertunjangkan integriti dan
berlandaskan etika perkhidmatan. Sebagai pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada keselamatan dan kesejahteraan negara, Marilah kita teruskan amalan budaya kerja
cemerlang, sikap kebertanggungjawaban,
istiqamah dan semangat mujahadah setiap
daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi ibu pertiwi.” (petikan perutusan IGP)
Aapabila
keamanan dan kedaulatan negara diganggu gugat, maka setiap inci tanah air ini
perlulah dipertahankan mengikut undang-undang negara. Ancaman keselamatan seperti
ancaman komunis, peristiwa 13 Mei dan pencerobohan di Lahad Datu sebenarnya telah memberi satu pengajaran yang amat
besar kepada kita semua khususnya kepada umat Islam bahawa kedaulatan dan keamanan
negara merupakan satu perkara yang perlu dipertahankan kerana ianya membabitkan maruah tanah air dan
merupakan nikmat yang paling besar dari
Allah SWT. Allah SWT menjadikan nikmat
ini sebagai medium untuk kita berfikir dan
mengambil iktibar agar dengannya dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT. Keamanan bererti kita bebas dari
segala bentuk ancaman yang menggugat
keharmonian. Alhamdulillah, kita amat bersyukur bahawa suasana harmoni ketika ini dapat dikawal dengan
sebaiknya walaupun ada sedikit api-api perpecahan yang dilakukan oleh tangan-tangan
yang gatal. Dengan keamanan, keselamatan akan terus terpelihara, keharmonian
terbina dan yang paling utama agama
Islam pasti akan terus dilindungi. Keamanan adalah asas utama dalam usaha untuk
menegakkan agama Islam, memaju dan memakmurkan sesebuah negara. Bangun dan
sedarlah seluruh rakyat Malaysia. Percayalah, kedaulatan agama Islam pasti
tercalar jika keamanan negara kita tergugat dan mustahil untuk menegakkan syariat dan syiar Islam jika
negara kacau bilau dan huru hara. Ingatlah, betapa pentingnya keamanan dalam
kehidupan manusia, sehingga Nabi Ibrahim AS pernah berdoa kepada Allah SWT agar
bumi Mekah dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Peristiwa ini telah
berlaku ketika pembukaan kota Mekah
sebagai pusat ibadah dan tanah suci dan telah dinyatakan melalui firman Allah
SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126 : Bermaksud : "Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri
Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis
buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu
diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia
bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi
sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab
neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.".
Lihatlah,
sejarah ketamadunan manusia menunjukkan kepada kita bahawa nikmat keamanan mampu memberi sumbangan besar
ke arah kemakmuran dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Dengan keamanan
kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan
dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia dan
negara. Namun terfikirkah kita, bagaimanakah keamanan ini terus terpelihara sehingga
dapat kita kecapi sehingga ke hari ini? Harus diingat, suasana aman yang
dinikmati ketika ini sebahagian besar datangnya dari penat jerih usaha perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan
khususnya Polis Diraja Malaysia. Mereka berusaha menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan penuh komited dan
bertanggungjawab. Kita sedia maklum, sejak tahun 1807 hingga sekarang kita
mempunyai pasukan polis yang berkemampuan menjaga keselamatan bangsa, agama dan
negara daripada segala ancaman musuh yang boleh menggugat kedaulatan negara. Justeru, melalui tema sempena sambutan
Peringatan Hari Polis yang ke-208 pada tahun ini iaitu "Polis dan
Masyarakat Berpisah Tiada", adalah diharapkan ia akan dapat menarik minat
masyarakat dalam sama-sama membantu dan menjaga keamanan serta keselamatan
negara. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah al-Maidah,
ayat 2: Bermaksud: " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya
Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)." Begitu juga dengan saranan
Rasulullah SAW melalui hadith yang diriwayat Imam al-Tabrani Rahimahullah
daripada Huzaifah bin al-Yaman RA : Bermaksud : "Sesiapa yang tidak
mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka ia tidak termasuk dari
kalangan mereka. Sesiapa yang ada pada pagi dan petangnya tidak ikhlas kepada
Allah dan RasulNya dan KitabNya dan pemimpinnya dan kepada umat Islam, maka ia
tidak termasuk dari kalangan mereka (umat Islam)(Riwayat at- Tabarani)".
Trend
dan bentuk jenayah mutakhir ini bukan sekadar kejadian jenayah yang kita fahami
atau alami pada tahun-tahun 60-an atau 70-an, malah diawal 80-an, tetapi
kemajuan teknologi dan ICT dunia yang begitu pantas turut membabitkan kehebatan
dan kelicikan perlakuan jenayah yang kini merentas sempadan. Tanpa
kekuatan dan kehebatan pasukan Polis di Raja Malaysia baik dari segi fizikal
dan spiritualnya, ilmu dan latihan, prasarana dan logistiknya malah peruntukan
undang-undang dan kuasa-kuasa yang
dimilikinya, mana mungkin hasrat mewujudkan keamanan tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan