Jumaat, 25 Disember 2009

Makan tak sedap

Dua tiga hari ni makan pun tak sedap. Bukan kerana kurang Garam atau pedas, bukan kerana kurangn gula atau kurang asam. Tengok kari sedap, makan tak sedap, tengok tomyam sedap makan pun tak sedap. Bukan kerana makanan tak sedap atau masak tak sedap. (Pasal masak tak sedap ni nak cerita sikit Perempuan dulu-dulu kalau kata masakan mereka tak sedap. "cukup marah punya"boleh bakar satu kampong. Perempaun lani kalau kata masakan mereka tak sedap, diaorang tak kesah. Tapi kalau kata mereka tak cantik, menara KL diaorang robohkan)Berbalik kepada makan rasa tak sedap ni, bukan kerana apa "Tergigit Lidah", pecah la pulak, nak telan makan pun payah, rasa pedas lagi payah, masin dan manis rasa semacam aja. Lidah ni bukan le besar sangat lebih kurang tiga jari disusun rapat (telunjuk,hantu dan manis)Tapi dia punya penangan cukup hebat. Makan dia yang rasa, bercakap dia yang bagi sedap. Puji orang dia, hina orang pun dia. Bayangkan kalau tok Imam sembahyang takada lidah. Rasulullah saw ada bersabda "Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah berkata yang baik ataupun berdian diri". Orang yang berdiam diri terselamat. Bukanlah kebanyakan manusia akan dihantarkan kedalam neraka menerusi batang hidungnya semata-mata kerana perbuatan lidahnya. "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya". "seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat taqwa, kecuali dengan memilihara lidah. Lidah nampak kecil, tapi boleh gempar dunia akhirat.
"Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa".
Tergigit lidah tidak le sesakitnya "Sakit gigi". Gigi ni semua dia "Pepak" tapi bila dia sakit seduit tak guna. Bila lidah telah sembuh gula rasa manis, garam rasa masin, gudanggaram jadi asap. Sedikit renungan hari Jumaat.

Ahad, 20 Disember 2009

BUAT BAIK

SALAM MAAL HIJRAH
Hijrah tahun 1431 kita kena azam nak buat Baik,
buat baik kepada Alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sesama manusia.
Manusia yang perlu kita buat baik ORANG YANG DEKAT DENGAN KITA.
Siapa dia tu? Orang di sebelah kita. Suami disebelah dia Isteri, Isteri disebelah dia suami. Anak disebelah dia Ibubapa, keluarga, kaum kerabat, Kawan sebilik, kawan sekelas, kawan sekatil, kawan sekerja, jiran, pembantu rumah, guru.
Yang hampir dengan kitalah orang pertama sekali membantu kita. Oleh itu buatlah kebaikan kepada mereka ini. "buat baik berpadapada buat jahat jangan sekali"
Hadis - "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada tetangganya, Dan barang siapa bariman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. - Muslim
Suami buat baik pada Isteri dengan memberinya Nafkah. Taat tanda isteri buat baik pada suami.
Hadis - Seorang datang kepada Rasullah saw. lalu bertanya, "kepadasiapakah aku lebih berhak kepada manusia untuk berbuat baik kepadanya"?.
Nabi bersabda; kepada Ibumu, Ia bertanya lagi, kemudian kepada siapa? Rasullah bersabda kepada Ibumu, Ia bertanya lagi kemudian kepada siapa? Sabda rasullah Kepada Ibumu, Ia bertanya; Kemudian kepada siapa? Rasullah bersabda "Kepada Bapamu" - Muslim
1430 Kita tinggalkan dengan sejarah, semogga 1431 diarak dengan berita baik.

Selasa, 15 Disember 2009

Andong Menulis

Andung di lahirkan dizaman kesusahan dan kepayahan.
Tak macam kau orang senang, mewah la pulak.
Andong sekolah takat jah tiga aja. Jepun masuk Malaya, Zaman perang. Kenal huruf tak tahu baca. Kenal angka boleh kira sikit-sikit. Buku tak ada.
Tak macam kau orang Negara Merdeka. Malaysia - malaysia MERDEKA. Negara aman. Sekolah banyak, dekat rumah pulak, pengangkutan mudah, ada undang-undang pulak tu (ibubapa / penjaga yang tidak menghantar anak belajar di sekolah rendah boleh di dakwa) untung kau orang.
Andong anak Sulong, adik beradik 10 orang, masa remaja dihabiskan membantu keluarga, buat kerja rumah, mengasuh adik.
Untung kau orang, kecik-kecik dah sekolah, Sampai masuk Universiti. Setengah tu umur baru 5 tahun dah pandai membaca. Makanan teridang, kain baju mesin basuh. Ama/Apa kau orang ada kereta hujan tak kena.
Contoh kehidupan- Andong cuma belajar dari orang tua, jiran-jiran dan filem filem lama, seperti Penarik beca, Ibu mertua ku, semerah padi, kasim Mustafa, sumpah orang minyak dan lain. Itu pasal kami orang tua-tua ni macam pelakonpelakon tu. Zalim-zalim. Masa tu mana ada pakar motivasi. Usatz pun lulus pondok, ustazah tak ada langsung
Kau orang cangih- Sarahan ugama ada dimerata tempat, masjid, surau, dipadang, diradio, Tv. Ustaz dan Ustazah hebat-hebat pulak tu, lulusan Azhar ada, Mesir ada, lulusan Jorden pun ramai. Pakar motivasi bersepah. Dr, Profesor, professional pun ramai. Kat sekolah pun ada guru konseling. Tentu la kau orang lebih bijak meniti kehidupan ini dengan lebih sempurna.
Makan- Andong dari kecik diasuh makan nasi dan ubi kayu aja, kalau dapat makan ayam tu, kira bertuah le.
Kau orang boleh le Pagi makan Cucuk/Mihon, tengahnari makan nasi, malam makan buger. Lauk ayam ni hari-hari. Sakan kau orang.
Itu le sebabnya kami orang tua-tua ni payah nak berubah.
Cara kehidupan, cara belajar, cara ikutannya, cara makannya amat jauh berbeza dengan kau orang.
Dulu kami diajar membaca Al Quran tidak dengan Maknanya.
kami diceritakan kesah para nabi bukan pengajarannya.
Kami diajarkan buat baik tidak dengan ganjaranya
Kami diajarkan tentang kejahatan tidak akibatnya.
Inilah sedikit perbezaan kita.
Sebelum kita menghukum, kita kena lihat sejarahnya dahulu. Kerana masa, tempat dan suasana boleh mempengaruhi. Yang sihat boleh menyuruh si sakit makan ubat. Si sakit nak telan ubat pun tak lalu. Nak buat macam mana.

Jumaat, 11 Disember 2009

lembu korban - korbankan lembu


Lembu-lembu bermesyuarat, nak mogok lapar takut kena sembilih di hari raya korban. Lembu hitam kata, patutnya dulu lagi kita jangan makan, biar kurus baru tak  di sembelih. Yang kena korban lembu gemok-gemok Aja. Si merah berkata dulu betul, dia orang cari yang gemok aja, sekarang tidak dia orang cari yang kurus, yang kurus murah. Si putih kata, la yang gemuk kena kurus pun kena. pokoknya kita mati kena sembelih dapat masuk surga....... 

Selasa, 1 Disember 2009

Look MAN

Ada 4 Lukman yang di kenali dan di ingati.
Pertama Tok Uban, hidup sezaman Abah, masa tu ana kecik lagi. Rambut dia penuh uban Kami panggila dia Tok Uban. Pandai berBorak di kedai kopi. Orang harapan Abah memandu dalam perjalanan jauh. Kedua-duanya telah Aruah – dihadiahkan Al Fatiha
Lokman kedua kawan, kerja sekali dengan Pn. CNN di MPSPK, maklumat dari Pn.CNN dia ni pandai cari duit. Duit terlampau banyak le pernah kena samun sebanyak RM 18,000.00 – mudah-mudahan Allah limpahkan lagi rezeki ke atasnya.
Lokman ketiga. Lokman Mastura. Dia ni anak saudara, sebaya Arif Husaini. Lani ada kat kedah. Seingatan ana ini kali kedua mai kedah. Walau pun berjauhan Pn.CNN sering berhubung dengan talifon.
Ini Lukman yang mesti kita tahu.Surah Lukman, terdiri dari 34 ayat. Mari kita Lihat apa yang dinasihatkan Lukman Al Hakim kepada anaknya.
12. Dan sesungguhnya telah berikan hikmat kepada Lukman yaitu “Bersukurlah kepada Allah dan barang siapa yang bersukur (kpeada Allah) maka sesungguhnya ia bersukur untuk didinya sendiri, dan barang siapa yang tidak bersukur, maka sesungguhnya Allah maha kaya lagi Maha Tinggi”
13. Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, diwaktu ia member pelajaran kepadanya “Hai anakku JANGANLAH KAMU MEMPERSEKUTUKAN ALLAH. SESUNGGUHNYA MEMPERSEKUTUKAN (ALLAH) ADALAH BENAR-BENAR KEZALIMAN YANG BESAR.
14. Dan kami perintahkan kepada manusia (BERBUAT BAIK) KEPADA DUA ORANG IBUBAPANYA. Ibunya teelah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah, dan menyapih dalam dua tahun. Bersukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibubapa mu. Hanya kepada Kulah kembali Mu.
15. Dan jika keduanya memaksa mu untuk mempersekutukan dengan Allah sesatu yang tidak ada pengatahuan mu tentang itu, maka janganlah kamu mengikut keduanya, dan pergaulilah keduanya didunia dengan baik, dan ikutilah jalan jalan orang yang kembali kepada ku. Kemudian hanya kepada kulah kembalimu. Maka kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
16. (lukman berkata) Hai anak ku, SESUNGGUHNYA JIKA ADA (SESATU PERBUATAN) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau didalam bumi. Niscaya Allah akan mendatangkan (membalasnya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengatahui.
17. Hai anakku, DIRIKAN SOLAT dan suruhlah (manusia) MENGERJAKAN YANG BAIK DAN CEGAHLAH (mereka) DARI PERBUATAN MUNGKAR DAN BERSABARLAH terhadap apa yang menimpa kamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang di wajibkan (oleh Allah)
18. Dan JANGANLAH KAMU MEMALINGKAN MUKAMU DARI MANUSIA (KERANA SOMBONG) DAN JANGANLAH KAMU BERJALAN DIMUKA BUMI DENGAN ANGKUH. Swesungguhnya Allah tidak smenyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
19. Dan SEDERHANALAH KAMU DALAM BERJALAN DAN LUNAKKANLAH SUARAMU . Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.