Dua tiga hari ni makan pun tak sedap. Bukan kerana kurang Garam atau pedas, bukan kerana kurangn gula atau kurang asam. Tengok kari sedap, makan tak sedap, tengok tomyam sedap makan pun tak sedap. Bukan kerana makanan tak sedap atau masak tak sedap. (Pasal masak tak sedap ni nak cerita sikit Perempuan dulu-dulu kalau kata masakan mereka tak sedap. "cukup marah punya"boleh bakar satu kampong. Perempaun lani kalau kata masakan mereka tak sedap, diaorang tak kesah. Tapi kalau kata mereka tak cantik, menara KL diaorang robohkan)Berbalik kepada makan rasa tak sedap ni, bukan kerana apa
"Tergigit Lidah", pecah la pulak, nak telan makan pun payah, rasa pedas lagi payah, masin dan manis rasa semacam aja. Lidah ni bukan le besar sangat lebih kurang tiga jari disusun rapat (telunjuk,hantu dan manis)Tapi dia punya penangan cukup hebat. Makan dia yang rasa, bercakap dia yang bagi sedap. Puji orang dia, hina orang pun dia. Bayangkan kalau tok Imam sembahyang takada lidah. Rasulullah saw ada bersabda "
Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah berkata yang baik ataupun berdian diri". Orang yang berdiam diri terselamat.
Bukanlah kebanyakan manusia akan dihantarkan kedalam neraka menerusi batang hidungnya semata-mata kerana perbuatan lidahnya. "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus hatinya. Dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya". "seseorang hamba tidak akan mencapai hakikat taqwa, kecuali dengan memilihara lidah. Lidah nampak kecil, tapi boleh gempar dunia akhirat.
"Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa".
Tergigit lidah tidak le sesakitnya "Sakit gigi". Gigi ni semua dia "Pepak" tapi bila dia sakit seduit tak guna. Bila lidah telah sembuh gula rasa manis, garam rasa masin, gudanggaram jadi asap. Sedikit renungan hari Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan