Selasa, 15 Disember 2009

Andong Menulis

Andung di lahirkan dizaman kesusahan dan kepayahan.
Tak macam kau orang senang, mewah la pulak.
Andong sekolah takat jah tiga aja. Jepun masuk Malaya, Zaman perang. Kenal huruf tak tahu baca. Kenal angka boleh kira sikit-sikit. Buku tak ada.
Tak macam kau orang Negara Merdeka. Malaysia - malaysia MERDEKA. Negara aman. Sekolah banyak, dekat rumah pulak, pengangkutan mudah, ada undang-undang pulak tu (ibubapa / penjaga yang tidak menghantar anak belajar di sekolah rendah boleh di dakwa) untung kau orang.
Andong anak Sulong, adik beradik 10 orang, masa remaja dihabiskan membantu keluarga, buat kerja rumah, mengasuh adik.
Untung kau orang, kecik-kecik dah sekolah, Sampai masuk Universiti. Setengah tu umur baru 5 tahun dah pandai membaca. Makanan teridang, kain baju mesin basuh. Ama/Apa kau orang ada kereta hujan tak kena.
Contoh kehidupan- Andong cuma belajar dari orang tua, jiran-jiran dan filem filem lama, seperti Penarik beca, Ibu mertua ku, semerah padi, kasim Mustafa, sumpah orang minyak dan lain. Itu pasal kami orang tua-tua ni macam pelakonpelakon tu. Zalim-zalim. Masa tu mana ada pakar motivasi. Usatz pun lulus pondok, ustazah tak ada langsung
Kau orang cangih- Sarahan ugama ada dimerata tempat, masjid, surau, dipadang, diradio, Tv. Ustaz dan Ustazah hebat-hebat pulak tu, lulusan Azhar ada, Mesir ada, lulusan Jorden pun ramai. Pakar motivasi bersepah. Dr, Profesor, professional pun ramai. Kat sekolah pun ada guru konseling. Tentu la kau orang lebih bijak meniti kehidupan ini dengan lebih sempurna.
Makan- Andong dari kecik diasuh makan nasi dan ubi kayu aja, kalau dapat makan ayam tu, kira bertuah le.
Kau orang boleh le Pagi makan Cucuk/Mihon, tengahnari makan nasi, malam makan buger. Lauk ayam ni hari-hari. Sakan kau orang.
Itu le sebabnya kami orang tua-tua ni payah nak berubah.
Cara kehidupan, cara belajar, cara ikutannya, cara makannya amat jauh berbeza dengan kau orang.
Dulu kami diajar membaca Al Quran tidak dengan Maknanya.
kami diceritakan kesah para nabi bukan pengajarannya.
Kami diajarkan buat baik tidak dengan ganjaranya
Kami diajarkan tentang kejahatan tidak akibatnya.
Inilah sedikit perbezaan kita.
Sebelum kita menghukum, kita kena lihat sejarahnya dahulu. Kerana masa, tempat dan suasana boleh mempengaruhi. Yang sihat boleh menyuruh si sakit makan ubat. Si sakit nak telan ubat pun tak lalu. Nak buat macam mana.

1 ulasan: