Ahad, 20 Disember 2009

BUAT BAIK

SALAM MAAL HIJRAH
Hijrah tahun 1431 kita kena azam nak buat Baik,
buat baik kepada Alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sesama manusia.
Manusia yang perlu kita buat baik ORANG YANG DEKAT DENGAN KITA.
Siapa dia tu? Orang di sebelah kita. Suami disebelah dia Isteri, Isteri disebelah dia suami. Anak disebelah dia Ibubapa, keluarga, kaum kerabat, Kawan sebilik, kawan sekelas, kawan sekatil, kawan sekerja, jiran, pembantu rumah, guru.
Yang hampir dengan kitalah orang pertama sekali membantu kita. Oleh itu buatlah kebaikan kepada mereka ini. "buat baik berpadapada buat jahat jangan sekali"
Hadis - "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada tetangganya, Dan barang siapa bariman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya, Dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. - Muslim
Suami buat baik pada Isteri dengan memberinya Nafkah. Taat tanda isteri buat baik pada suami.
Hadis - Seorang datang kepada Rasullah saw. lalu bertanya, "kepadasiapakah aku lebih berhak kepada manusia untuk berbuat baik kepadanya"?.
Nabi bersabda; kepada Ibumu, Ia bertanya lagi, kemudian kepada siapa? Rasullah bersabda kepada Ibumu, Ia bertanya lagi kemudian kepada siapa? Sabda rasullah Kepada Ibumu, Ia bertanya; Kemudian kepada siapa? Rasullah bersabda "Kepada Bapamu" - Muslim
1430 Kita tinggalkan dengan sejarah, semogga 1431 diarak dengan berita baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan