Guru bertanya kepada murid-muridnya.
Lepas SPM nak pergi mana?
Masuk U (suara murid perempuan lebih kuat pada lelaki)
Lepas Universiti buat apa?
Kerja (suara seakan-akan seimbang)
Lepas kerja?
Kawin (suara lelaki mengatasi perempuan)
Lepas kawin?
Dapat anak (suara sama banyak)
Berapa ramai anak?
(jawapan bilangan mula berbeza, suara yang paling kuat pelajar lelaki paling belakang)
sepuloh orang (suara pelajar perempuan tidak kedengaran)
Lepas tu?
(suara pelajar lelaki) Kawin satu lagi.
Lepas kawin satu lagi?
(suara mula bersatu semula) Tua.
Lepas Tua?
Pencen.
Lepas pencen?
Pergi Mekah
Balik Mekah?
(suara mula perlahan) Sembahyang / duduk Masjid
Lepas tu?
Mati (lagi perlahan)
Setelah Mati?
Masuk Kubur
Buat apa dalam kubur?
Kena soal / kena seksa / menunggu untuk di bangkitkan semula.
Bila dibangkitkan semula?
Masa Kiamat.
Dimana dibangkitkan?
Padang Mahshar.
Buat apa di padang Mahshar?
Untuk di hisab amalan
Setelah di hisab?
Yang jahat ke Neraka baik ke Surga.
Ada apa katNeraka?
Seksan.
Dalam surga?
Keseronokan.
Siapa nak masuk Neraka?
Diam.
Siapa nak masuk Surga?
Diam
Cikgu pun berkata, kalau nak masuk Surga, jangan letakkan Sembahyang dan Masjid selepas tua, pencen dan setelah balik Mekah.
Isnin, 30 Ogos 2010
Ahad, 29 Ogos 2010
SERONOKNYA RAMADHAN
Hari nia dah 19 Ramadhan 1431H, tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Apakah ramadhan dapat kita temui lagi. Doa orang yang sukakan ramadhan "Berkatkanlah kami di sepanjang-panjang bulan Ramadah, ketemukanlah bulan yang mulia ini wahai Tuhan ke atas kami berapa kali lagi dari tahun ke tahun menurut kehendak dan keredhaan mu Wahai Tuhan sebaik-baik mengurniakan Rahmat" Setakat ini macam mana Puasa kita. Adakah hanya sekadar menahan diri dari Makan dan minum sahaja atau menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Semoga dibulan Ramadahan ini kita mendapat 3 tawaran besar yang di tawarkan Allah. Rahmat, Keampunan dan keselamatan dari Api Neraka. Suka kita mengingatkan masih ada yang berpuasa tetapi tidak Sembahyang Fardhu. Masih ada yang berpuasa tetapi masih membuka Aurat. Mudah-mudahan kita tidak termasuk kedalam golongan mereka. Ramadhan 1431 tinggal berbaki sebelas hari lagi, mari kita meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan, di samping mencari Malam " SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKANNYA (AL QURAN) PADA MALAM AL QADAR. DAN TAHUKAH KAMU APAKAH MALAM AL QADAR ITU?. MALAM KEMULIAAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. PADA MALAM ITU TURUN PARA MALAIKAT DAN ROH(JIBRIL) DENGAN IZIN TUHANNYA UNTUK MENGATUR SEMUA URUSAN. SEJAHTERALAH (MALAM ITU) SAMPAI TERBIT FAJAR".surah AL Qadar 1-5.. Semoga kita menjadi orang yang berTAKWA.
Pengagihan bubur kanji
Jamuan berbuka puasa amalan mulia. |
makan jangan membazir
Contohi berbuka puasa caea Rasulallahkenyang perut suka hati | SERONOKNYA BERPUASA |
Selasa, 17 Ogos 2010
Tak habis-habis
Dulu masa kcik. Nanti le kalau aku besar ada kerja dan ada duit sendiri macam-macam aku boleh buat.
Bila dah besar dah ada duit sendiri Macam-macam pulak kehendaknya.
Mula angan-angan nak jadi cikguke, jadi askarke, jadi poliske atau pun keranike jadilah. bukan pasal apa-apa kerana malas nak belajar. Otak tu pandai, Tup-tup dapat masuk universiti, tak terfikir pun. Keluar universiti minta Doa nak dapat kerja, Doa termakbul dapat kerja pegawai, gaji pun besar. Mula le pasang keinginan nak pakai kereta. Beli kereta. Dah dapat kereta mula le nak kawin pulak, jumpa Idaman hati Kawin le pulak. Dah kawin nak anak pulak. Bila dapat anak tak cukup seorang nak ramai pulak. Nak le pulak rumah besar, beli rumah kembar dua tingkat. Semua dah ada. Kerja pegawai, rumah besar, ada kereta, ada isteri ada anak cukup sempurna. TAK CUKUP DAN TAK PUAS LAGI. Cita-cita nak jadi Manager pulak, nak beli kereta besar. Berdoa dan berusaha, dimakbulkan Allah permohonan. Dapat jadi Manager beli kereta besar yang baru. Tak cukup dan tak puas lagi beli rumah banglow pulak, berangan-angan pulak nak kawin dua. konon nak sahut sunah. Dah ada Rumah Banglow, kereta besar, jawatan Manager duit banyak. TAK CUKUP LAGI BERDOA LAGI. Manager jadi GM, Banglow diubah suai macam Istana, Pangkat naik pingat pun dapat bergelar Datuk. Rasa tak cukup lagi, nak lebih banyak dan lebih tinggi lagi tak cukup-cukup, tak puas-puas, tak habis-habis. Iutlah dikatakan kehidupan. Berhenti bila Mati.
Manusia tidakakan puas apa yang sudah di milikinya, malah apa yang tidak diushakan dan didoakannya dapat juga Allah kurniakan. Masa besar Allah, Maha Permurahnya Allah.
Semperna bulan yang Mulia ini Ramadhan Al Mubarak mari kita katakan Aku Cintakan Allah, Aku cintakan Rasulullah. Banyak yang kita pinta dan banyak yang kita dapat

Jumaat, 13 Ogos 2010
3 RAMADHAN
Seronoknya Ramadhan. Semua orang meraikannya, orang bukan muslim juga meraikannya, meraikannya dengan perniagaan laku. Orang tua seronok budak budak dan kanak kanak juga seronok. Yang berpuasa seronok yang tak puasa lagi seronok, seronok curi-curi makan, tak tau le nanti nak jadi apa. Bila nak ber TAUBAT.
Sebenarnya kita hanya ada 3 Ramadhon. Ramadhan pertama telah berlalu, tahun sudah dan tahun tahun sebelumnya. Kita sudah laluinya tak tahu adakah kita telah mendapatnya atau menepati apa kehendak Allah sebagai mana sunah Rasullulah. Kalau menepati kehendak mendersah Ramadhan tentulah kita menjadi orang yang berTAQWA.
Ramadhan ke dua yang kita sedang berada didalammnya. Sekarang ini. Apakah kita hendak biarkan ia berlalu bagitu sahaja, berlalu tanpa kita mengambil apa-apa keuntungan darinya. Rugi dan celakalah orang yang berada didalam bulan ramadhan tetapi tidak mendapat apa-apa dari ramadhan. Tidak mendapat Rahmat Allah, tidak mendapat keampunan dari Dosa dan Tidak dilepaskan dari Api Neraka. Sebelum ramadhan meninggalkan kita mari kita Chek List dirikita di hari ketiga Ramadhan ini.
Adakah kita turut serta melihat anak bulan semasa menentukan awal puasa tempoh hari. Apakah kita berdoa semasa melihat hilal. Dari Thalhah bin Ubaidillah. Sesungguhnya bila nabi SAW melihat Hilal. Baginda berdoa. "Wahai Tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami engan aman dan Iman, dengan selamat dan Islam. TuhanKu dan TuhanMu adalah Allah, Hilal yang benar dan Baik (HR Tarmizi Hadith Hasan).
Adakah kita telah berniat berpuasa dan makan Sshur, adakah kita bersahur dengan KURMA.
adakah kita meninggalkan Ucapan, kata-kata danperbuatan Sia-sia, atau adakah kita telah menahan sabar, menahan diri dari cercacaan orang. Apakah kita menyegerakan berbuka puasa dengan buak Kurma. Berdoakah kita di bulan ramadhan dan memperbanyakkan doa semasa hendak berbuka puasa. Apakah kita telah mendapat pahala menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa. Adakah anak-anak kita terdidik dengan berpuasa. MacaM mana malam-malam ramadhan kita adakah di hidupkan dengan solat Taraweh. Sedekah, dan usaha mencari LAILATUL QADAR.
Ramadhan ke tiga tahun hadapan dan yang akan datang belum tentu kita akan berjumpa atau ketemui. Kerana nyawa kita ada 3 sahaja.. Nyawa semalam kita telah gunakan sampai habis, yang tinggal hanya Nyawa hari ini dan Nyawa esok belum tentu dapat kita miliki. Oleh demikian PULUN lah Ramadhan ini semahu-mahunya.

Ahad, 8 Ogos 2010
Yang Mana Satu
Yang mana satu pilihan kalbu
Antara baik dan Jahat
Antara sihat dan sakit
Antara kaya dan Miskin
Sipandai Si bodoh
Sicantik sihodoh
sirajin simalas
Secara sepontan kita akan menjawab, nak baik nak sihat, nak kaya nakpandai nak cantik, nak rajin
Semuanya nak baik-baik.
Buat apa nak pilih Jahat, sakit, miskin, bodoh, malas.
Tapi bila sampai kepada perbuatan/ amalan kemana kita?
Yang di Fikirkan atau sebaliknya.
Orang baik akan terpancar dari perbuatannya. Dan orang jahat akan terpancar juga dari perbuatannya. Dah tu tunggu apa lagi? Buatlah baik, buat kebaikan, buat baikbaik, Baikbaik buat baik.

Selasa, 3 Ogos 2010
Manusia didunia ini mempunyai kedudukan yang sama, mempunyai hak hidup yang sama. Manusia makhluk Allah . Di beri kebebasan hidup, di bekalkan dengan tabiat manusia. Tidak mahu dicerca, dihina, diperlekeh, disiksa. Manusia mahu dihargai, dipuji, disanjung. Hanya perbezaan diantara manusia TAQwa. Hargailah hormatilah mereka, tidak kiran sikaya, simiskin, situa, muda, pembantu, orang gaji, budak suruhan, siapas sahaja. Hari ini sudahkah kita ucapkan terima kasih kepada yang menolog kita? Bagus ucapkanlah selalu.
Langgan:
Catatan (Atom)