Hari nia dah 19 Ramadhan 1431H, tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Apakah ramadhan dapat kita temui lagi. Doa orang yang sukakan ramadhan "Berkatkanlah kami di sepanjang-panjang bulan Ramadah, ketemukanlah bulan yang mulia ini wahai Tuhan ke atas kami berapa kali lagi dari tahun ke tahun menurut kehendak dan keredhaan mu Wahai Tuhan sebaik-baik mengurniakan Rahmat" Setakat ini macam mana Puasa kita. Adakah hanya sekadar menahan diri dari Makan dan minum sahaja atau menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Semoga dibulan Ramadahan ini kita mendapat 3 tawaran besar yang di tawarkan Allah. Rahmat, Keampunan dan keselamatan dari Api Neraka. Suka kita mengingatkan masih ada yang berpuasa tetapi tidak Sembahyang Fardhu. Masih ada yang berpuasa tetapi masih membuka Aurat. Mudah-mudahan kita tidak termasuk kedalam golongan mereka. Ramadhan 1431 tinggal berbaki sebelas hari lagi, mari kita meningkatkan amalan di penghujung Ramadhan, di samping mencari Malam " SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKANNYA (AL QURAN) PADA MALAM AL QADAR. DAN TAHUKAH KAMU APAKAH MALAM AL QADAR ITU?. MALAM KEMULIAAN ITU LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN. PADA MALAM ITU TURUN PARA MALAIKAT DAN ROH(JIBRIL) DENGAN IZIN TUHANNYA UNTUK MENGATUR SEMUA URUSAN. SEJAHTERALAH (MALAM ITU) SAMPAI TERBIT FAJAR".surah AL Qadar 1-5.. Semoga kita menjadi orang yang berTAKWA.
Pengagihan bubur kanji
Jamuan berbuka puasa amalan mulia. |
makan jangan membazir
Contohi berbuka puasa caea Rasulallahkenyang perut suka hati | SERONOKNYA BERPUASA |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan