Selasa, 17 Ogos 2010

Tak habis-habis

Dulu masa kcik. Nanti le kalau aku besar ada kerja dan ada duit sendiri macam-macam aku boleh buat.
Bila dah besar dah ada duit sendiri Macam-macam pulak kehendaknya.
Mula angan-angan  nak jadi cikguke, jadi askarke, jadi poliske atau pun keranike jadilah. bukan pasal apa-apa kerana malas nak belajar. Otak tu pandai, Tup-tup dapat masuk universiti, tak terfikir pun. Keluar universiti minta Doa nak dapat kerja, Doa termakbul dapat kerja pegawai, gaji pun besar. Mula le pasang keinginan nak pakai kereta. Beli kereta. Dah dapat kereta mula le nak kawin pulak, jumpa Idaman hati Kawin le pulak. Dah kawin nak anak pulak. Bila dapat anak tak cukup seorang nak ramai pulak. Nak le pulak rumah besar, beli rumah kembar dua tingkat. Semua dah ada. Kerja pegawai, rumah besar, ada kereta, ada isteri ada anak cukup sempurna. TAK CUKUP DAN TAK PUAS LAGI. Cita-cita nak jadi Manager pulak, nak beli kereta besar. Berdoa dan berusaha, dimakbulkan Allah permohonan. Dapat jadi Manager beli kereta besar yang baru. Tak cukup dan tak puas lagi beli rumah banglow pulak, berangan-angan pulak nak kawin dua. konon nak sahut sunah. Dah ada Rumah Banglow, kereta besar, jawatan Manager duit banyak. TAK CUKUP LAGI BERDOA LAGI. Manager jadi GM, Banglow diubah suai macam Istana, Pangkat naik pingat pun dapat bergelar Datuk. Rasa tak cukup lagi, nak lebih banyak dan lebih tinggi lagi tak cukup-cukup, tak puas-puas, tak habis-habis. Iutlah dikatakan kehidupan. Berhenti bila Mati.
Manusia tidakakan puas apa yang sudah di milikinya, malah apa yang tidak diushakan dan didoakannya dapat juga Allah kurniakan. Masa besar Allah, Maha Permurahnya Allah.
Semperna bulan yang Mulia ini Ramadhan Al Mubarak mari kita katakan Aku Cintakan Allah, Aku cintakan Rasulullah. Banyak yang kita pinta dan banyak yang kita dapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan