Isnin, 30 Ogos 2010

Perjalanan betul Fahaman Salah

Guru bertanya kepada murid-muridnya.
Lepas SPM nak pergi mana?
Masuk  U (suara murid perempuan lebih kuat pada lelaki)
Lepas Universiti buat apa?
Kerja (suara seakan-akan seimbang)
Lepas kerja?
Kawin (suara lelaki mengatasi perempuan)
Lepas kawin?
Dapat anak (suara sama banyak)
Berapa ramai anak?
(jawapan bilangan mula berbeza, suara yang paling kuat pelajar lelaki paling belakang)
sepuloh orang  (suara pelajar perempuan tidak kedengaran)
Lepas tu?
(suara pelajar lelaki) Kawin satu lagi.
Lepas kawin satu lagi?
(suara mula bersatu semula) Tua.
Lepas Tua?
Pencen.
Lepas pencen?
Pergi Mekah
Balik Mekah?
(suara mula perlahan) Sembahyang / duduk Masjid
Lepas tu?
Mati (lagi perlahan)
Setelah Mati?
Masuk Kubur
Buat apa dalam kubur?
Kena soal / kena seksa / menunggu untuk di bangkitkan semula.
Bila dibangkitkan semula?
Masa Kiamat.
Dimana dibangkitkan?
Padang Mahshar.
Buat apa di padang Mahshar?
Untuk di hisab amalan
Setelah di hisab?
Yang jahat ke Neraka baik ke Surga.
Ada apa katNeraka?
Seksan.
Dalam surga?
Keseronokan.
Siapa nak masuk Neraka?
Diam.
Siapa nak masuk Surga?
Diam
Cikgu pun berkata,  kalau nak masuk Surga, jangan letakkan Sembahyang dan Masjid selepas tua, pencen dan setelah balik Mekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan